Saturday, November 26, 2011

Salam MAALHIJRAH

Baru je rasa macam minggu lepas baca doa akhir taun dgn awal tahun. Gosh, tanda kiamat Masa brputar laju ibarat setahun bagai sebulan, sebulan bagai seminggu, semingu bagai sehari, sehari bagai satu jam. Cepat kan? Tak payah aku terangkan. Korg pon dapat rasa sendiri kecepatan tu, right?  Cukup bersyukurlah kita dapat sambut Maal Hijrah tahun ni sebb Allah panjangkan umur kita.

Sekolah aku pada dasarnya sangat pelik. Tapi tak kisahlahkan sebab sekolah aku dah buat ceramah maalhijrah minggu lepas lagi sampai penceramah tu pun puji sekolah aku buat awal sangat. Penceramah tu kaata, Hijrah ada 3.

#1 : Hijrah Rasulullah 
Pada malam akan hijrah itu Nabi Muhammad membisikkan kepada Ali b. Abi Talib supaya memakai mantelnya yang hijau dari Hadzramaut dan berbaring di tempat tidurnya. Lepastu start lah kisah hijrah Rasulullah, yang cerita dekat Gua Thur, sampai Madinah, Bina Masjid Quba' and all that. Aku tahu smua dah belajr kan dari kecik dulu atupun makayah ustzah cikgucikgu/ penceramah dkt sekolah koraang dah cerita kan. Kalau aku cerita pun korang nak baca ke panjang lebar tu sebab aku tahu ramai dah tahu. nikan peristiwa bersejarah dalam Islam. So orang Islam kenalah tahuu, kalau tak tahu pergi bukak buku sirah darjah 5 atau senag2 search google okay ;D

#2 : Hijrah Alam
Maksudnya hijrah yang memang dari azali Allah dah tetapkan. And kita semua akan laluinya. 

a) Alam rahim
-Mak aku cerita, time kita dalam perut mak kita, kita dah janji dengan Allah untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini.  Kau sedar tak kau dah BERJANJI? So kenalah jalankan. Kalau mungkir janji jadi orang munafik and org munafik tmpatnya di neraka.



b) Alam Dunia
*WE ARE HERE. Di dunia ni lah yang kita kena pungut and kutip every chances depan mata. Kumpul pahala banyakbanyak. Cakap memang senang, Tapi buat pun taklah susah mana. And just yang menghalang kita untuk buat pahala are nafsu and syaitan. Ramai dah sedar but kenapa ramai remaja Islam zaman sekarang banyak yang hanyut? Tengok dari mulalah, niat. Niat memang penting. Apa-apa yang kita buat pun akan berbalik kpd niat. Makan pun berniat. Mandi pun berniat. Tulis blog pon kena ada niat. Niat kerana Allah. Niat nak berdakwah. Tak semestinya orangorang alim je kena berdakwah. Kalau korang suruh kawan korang jangan merokok/ jgn buang sampah ratarata pun kira dakwah jugak, kan  


c) Alam Barzakh (kubur)
Alam ni yang aku takut. Taktaulah korang takut ke tak. Sebab aku rasa amaalan aku belum cukup. And aku tahu every single thing yang kita buat Malaikat akan tanya. Kalau kita orang kaya nanti Malaikat tanya apa kita dah buat dgn harta2 kita tu. Paling senang, kalau kita tulis blog/facebook-ing/twitter-ing, malaikat tanya, untuk apa penulisan awak? Untuk apa masa awk dibazirkan depan laptop? Walaupun soalan dah bocor and korang dah tahu apa malaikat akan tanya (Ma rabbuka), sekrg bolehlah jawab. Sebab nanti dkt dlm kubur bukan kita yang jawab, semuanya berdasarkan amalan kta.

One day, kita AKAN pakai macam ni. *insaf
Tempat tinggal kita nanti


d) Alam Akhirat
Time nilah akan ditentukan kat mana kita duduk. Aku pernah terfikir sampai bila kita nak duduk dalam Syurga? Sampai BILABILA. Kalau masuk neraka, kita still akan masuk syurga sebab kita  orang Islam. Tulah keistimewaan orang Islam. Tapi takkanlah korang nk masuk neraka dulu kot? Terseksa Wooooohhh


#3 Hijrah: Perpindahan dari sikap buruk kepada yang lebih baik
First of All, Aku bukanlah baik mana tapi klau nak berubah, kena pasang niat betulbetul. Adakah kita berbuah kerana aweks/pakwes? Adakah kita berubah sbb jeles kawan kita ni baik so kita nak jadi mcm dia jugak? or, kita berubah semata-mata nak attract perhatian orang? Is it? Kalau mcm tulah korang fikir, say bye bye jelah. Takkan tahan lama punya. Trust me. Tapi, kalau korang berubah dengan niat kerana Allah, nak tunjukkan yang remaja Islam zaman sekarang ni tak SEMUA nya teruk, Insyaallah Allah akan tolong. Dalam Al-Quran Allah kata, Sekiranya kamu tolong agamaku, nescaya aku akan membantu mu. (lebih kurang macamtulah.)
Kanan/ kiri?




" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." ( Surah At-Talaq, 65: 2-3)
p/s: jangan lupa baca doa akhir & awal tahun ;D

4 comments:

ShahizanAzmi said...

Ehem, macam kenal je status yang last sekali tu ;D HAHAHA

NurFarinaAzwa (Y) said...

Hahaha. I like that so aku letaklah sini, alang2 termasuk pulak dalam topic aku nih :D

ayshah said...

haha boleh lak cilok status orang -.-! n aku suka ustaz tuu <3

NurFarinaAzwa (Y) said...

HAHA (; pinjampinjam :D KANNNN, ustad tuh best. Aku tak tidur pon. YAAAAYYYYYYYY sbbb aku takut yg dia kata sape bersembang2 nanti telinga dekat belakang :O