Monday, March 12, 2012

Antara celik mahupun separa sedar.

Assalamualikum,

HUARGH.  Ya, selepas aku rasa macam nak sakit jantung, sakit hati, kentut tak lawas dan sebagainya barulah ada pengisytiharan pulang bermalam selama seminggu. Seperti biasa, pada akhir minggu sekolah, sanubari memang tak melekat dekat muka cikgu. Mengharapkan cikgu faham bahawa aku memang dah malas nak belajar.

http://matcuoi.com

Selama aku bermastautin ni SABDA hampir empat tahun. Aku pun tak faham adakah ini memang fitrah kelakuan pelajar sekolah berasrama atau tidak. Paling senang ambil contoh di tempat aku menimba ilmu. Boleh dibicarakan setiap hari benda seperti ini menjadi halwa mata, sampai mata aku sakit dan perlu pakai kaca mata. Tak taulah adakah aku yang terlalu memerhati ataupun ramai je yang nampak

1. Imbasan imej pada benda yang boleh mengimbas (reflect)


Kebanyakkan nya ya tidak kisah yang besar mahupun kecil, senior ataupun junior akan menoleh noleh dan tertoleh beberapa kali tatkala lalu pada tempat yang ternampak imbasan dirinya. tak faham? Ok ok contohnya bila lalu dekat board/papan kenyataan yang bercermin. Ataupun dekat cermin tingkap bilik guru, kat mana-manalah yang boleh dijadikan sebagai cermin. Sewaktu berjalan,

perempuan akan menoleh dan membetulkan tudung. Tiup tiup sikit. Touch-up mana yang tak betul, berlatih senyuman paling manis.

lelaki akan membetulkan rambut, kening terangkat, practice mulut paling macho.

Ok agak agak dah cun molek meletup barulah meneruskan perjalanan. Disebabkan aku kelas Battani, depan papan kenyataan mesti akan ramai orang. Kenapa ya? ehem mungkin anda baca notis yang tertampal tapi sambil menyelam minum air, sambil membaca betulkan mana tak patut

http://matcuoi.com
toleh lagi toleh toleh 

kadang kadang orang yang sedang berlari pun sempat tengok gaya ayunan tangan. Nak gelak pun tak sampai hati :D

2. Ikat dan ikat buka dan lipat 


Ini bukan discriminant (pembezalayan) tapi ehem ini yang aku nampak. Lelaki suka ikat tali leher sambil berjalan. Mengapakah? terutama lepas zuhur, nak start P&P petang.

Lagi satu yang aku ter-perasan terutama hari sabtu ahad, lelaki berkain pelekat ke dewan makan, ke blok akademik membetulkannya sambil berjalan.

Tak kurang juga yang membetulkan tali pinggang dan tali leher serentak sewaktu berjalan. woooish hebat hebat ya anda.

http://matcuoi.com
Aku pun naik segan 

3. Trend berjalan seret kasut secara segerombolan

Bagi lelaki, mula-mula tingkatan satu boleh lah juga aku nak tabik, jalan laju fuuuuuuuuuuuuuuuuu. 
Naik tingkatan dua lambat sikit. Mula dah jalan 2-3 orang.
 Naik tingkatan tiga berjalan paling minimum 3-4 orang seret kasut.
 Naik tingkatan empat, berjalan bawa rombongan seret kasut, membetulkan baju dan rambut
Naik tingkatan 5, berjalan segerombolan pandang langit, kiri kanan toleh sana sini, menikmati tiupan angin kencang

Kadang kadang nak potong pun malas, kena lalu bahagian rumput. Macamlah gajah meyusur tu besar sangat. Amacamtu jalan lah aku dibelakang  mereka. Kalau kena jerkah baru bertambah 0.2 km/j.

http://matcuoi.com

Agak agak pengawas yang nak berlatih vokal di pagi hari waktu perhimpunan bolehlah cuba sekali dua. Lepas ni bukan setakat suara menjadi besar, kemungkinan juga hilang tak kembali. 



4. Bersilat tak kena tempat

Baiklah fokus ke perempuan pula. Kadang kadang Selalunya waktu lepas ambil wuduk rasa macam baru lepas mandi. fuuuu lencun habis. Kenapa? Sebab ramai ambil wuduk macam nak bersilat. Rasa nak balas campak air pun ada juga lepas tengok muka tak bersalah.Tolonglah prihatin sikit. Buka air punyalah besar macam tak cukup. Nanti satu kerja pulak aku nak keringkan baju.

http://matcuoi.com
kipas kipas baju Fuuuuuuu

No wonderlah semua gelisah bila pengumuman air takde haritu, takut tak cukup air even satu baldi untuk ambil wuduk. Wah wah wah nasib baik bukan aku yang bayar bil air. Pheww. Takpe lepas ni aku tubuhkan satu organisasi silat yang digelola oleh ustad mad, dia memang pandai bab bab macamni ya, harap maklum.

Ehem, kadang kadang aku pun terlepas pandang bab bab ni. Aku harap perkara macam ni dapat dikurangkan agar hidup tenteram bersama.

5.  Tolak tanpa belas kasihan

Disebabkan sekolah aku buat peraturan makan berkurangajar beradab setiap kali Rabu dan makan pun ikut dorm, ya semestinya dorm aku tersorok di ceruk. Dahlah ceruk, dekat dekat sinki. Dahlah dekat dekat sinki, sempit pulak tu. Dahlah sempit sempit, tempat orang lalu lalang. Ulang suara LALU LALANG ya. LALU LALANG.

Walau makanannya sesedap ayam kurma dan papedom mahupun nasi ayam kaw kaw tapi bila setiap kali orang lalu dan tolak lalu dan ehem terlanggar sebab sempit. Bukan seorang dua. Bukan sehala. DUA kali hala. pergi dan patah balik. Bila tengah makan rasanya beberapa kali aku tercekik. Ptuih, hal hal macam ni minta perhatian sekolah besarkan dewan makan, bukan setakat buang duit makbapak untuk bayar cermin pecah dan ganti palang katil dan baiki loji.

Oleh kerana itu ia boleh menjadikan salah satu perancangan diet, tak perlu makan malam daripada biarkan diri mati tercekik. Alhamdulillah aku masih hidup dan sedang menaip entry ini.

http://matcuoi.com
Aku rasa nak buat mogok dan demonstrasi besar besar. SIAPA SOKONG! 




p/s: esok diisytiharkan satu Selangor tiada air T.T