Saturday, November 17, 2012

A Night to Remember?

Assalamualaikum,

Setiap kali datang mengunjung tengok pageviews macam banyak tapi isi post nya sama dan dah dua bulan tak berganti buat aku rasa malu. Aku dah cakap, aku ni pemalu orangnya. Ya ya buat pengetahuan inche inche dan aku rasa gila banganglah kalau tak tahu yang sekarang dah cuti sekolah kan. Yippie sepanjang aku hidup ni cuti paling lama ; 6 minggu. Lama kan kan kan kan? Bos mana nak kasi kau cuti 6 minggu. Haa, ada? Tahu dah, saja buat persoalan. Lalala.

Tahun depan nak SPM. *goosebumps* Itu salah satu sebab kenapa trip batch yang pada asalnya untuk rapatkan hubungan F4 baru dan lama. Tiba tiba ada pulak orang kuat kata nak buat makan malam. Nyumnyum pun boleh. Kita orang bawahan hanya ikut tanpa bantah. Disebabkan tahun hadapan ehem ehem so katanya tahun depan focus je tak payah nak dok menyebok fikir pasal makan malam ni lagi. Oh ya ya mungkin Annual Dinner atau Prom Night lebih tepat. Tapi aku rasa tahun depan mesti ada buat lagi punya. Haha just wait and see.

Katanya kat Bukit Merah. Alih Alih dekat Virgo Resort,Teluk Batik. Lagi dekat mungkin lagi murah. Ehmm murah? Aku rasa berbaloi lah dengan tempat tidur yang selesa, woi!, ada ruang tamu tempat lepak dan peti sejuk air panas juga telefon percuma untuk kacau bilik lain. Ehm,  makan tengahari yang sedap dan banyak.


ini bilik tidur 

Baju untuk malam tersebut

Dan bila kau dapat tukar dari bilik kecil dan bersepah kepada bilik besar yang lebih selesa baru kau rasa trip ni berbaloi. Lagi lagi bila dapat kepuasan bila ada orang butthurt. Haha percutian kali ni aku rasa lagi seronok daripada semua camping yang aku pergi. Aku tahu banyak perbalahan tentang sesetengah aturcara. Mula mula fikir memang lah takdak apa tapi bila aku fikir empat sepuluh kali dia umm macam umm ada banyak buruk daripada baiknya. 

Izzat Danial, partner masuk pintu bagi hadiah cucuk bunga.

Dia cucuk..

dan... Tadaaaa :P

Lepas masuk pintu maka mulalah aktiviti KETANGKETING pinggan sudu garfu berlaga. Makan secara sopan dan tatatertib atau kau akan dikutuk 7 keturunan. Pffftt siapa yang ikut ni habak mai sikit, mungkin ada tapi kebanyakkannya aku tengok sama je dengan setail aku makan. kahkahkah yang penting perut kenyang. Apa apapun yang aku tahu meja aku mesti dihidangkan paling lambat. Paling lambat dan paling terakhir. Paling terakhir tu pun lepas kitaorang angkat angkat tangan. Memang saja taknak hidang ke apa? haha

With Joker of the Palace ---> Amir Haziq


Mine :P

Cikgu Som :) 

Abang waiter setia melayan meja tak dilayan 

Deskmates <3

Ini lah dia dormmates cun cun terhebat :P


4 Al Battani Forever and Always :*

Dan malam berakhir dengan cemerlang gemilang dan terbilang. Jadi aku rasa objektif trip ni untuk merapatkan F4 lama dan baru cam erm umm umm erm erm tercapai lah kot? Hihi may our friendship last forever. Dan siapa tak sayang kawan kan? Lagi lagi kelas-mate. Tambahan cerita berita kecoh kes rombak rombak ni alahai hancur luluh hati gua. Mana nak dapat lagi budak kelas macam ni. Kawan kawan macam ni. Tak apa, kita masih di bawah payung yang sama. 




p/s:  Moga moga takdak gossip gambar ketiga. Haha k tak tak jk. 












Sunday, September 16, 2012

130912 - Perginya dia yang satu.



Arwah dengan anak muridnya


Perlahan ku langkah ke dalam biliknya. Air mata yang menitis ku kesat.

"Kalau kamu sayang sensei, jangan menangis!" tegas Ustazah mengingatkan.

Tidak mahu menyeksa rohnya ku tabahkan jua hati melihat tubuh kaku terbaring. Badannya yang diselimuti ku pegang tangannya. Tudung bawal diselak perlahan-lahan senyuman yang tidak pernah lekang dari wajahnya. Alhamdulillah sehingga ke akhir hayatnya aku berpeluang melihat senyuman manis itu. Ku pandang lama seolah-olah untuk menyimpan gambar mukanya dalam kotak memori. Buat kali terakhir. Ya, buat kali terakhir. Air mata bergenang, terimbas bagai layar di hadapan mata, dia yang masih bernyawa.

Dia yang dahulunya mengajar aku bermain bola tampar. Tangan ku yang keras bisa dilenturkan atas ajarannya. Bola yang ditampar makin hari makin cantik meyusuri jaring. Masa yang diluangkan setiap petang untuk melihat kami berlatih. Ku dapat lihat semangatnya di situ, membetulkan apa yang salah menegur mana yang silap sehingga dapat puaskan hatinya. Terima kasih sensei.

Dia yang dahulunya galak mentertawakan aku kerana berjaya mengenakanku sewaktu hari lahirku yang ke-14. Teringat waktu dia bersengkongkol membuatku sehingga menangis. Gelak tawanya yang girang, senyuman manis lesung pipitnya bagai terimbas perlahan lahan. Aduh, betapa aku rindu saat itu. Andai itu dapat membuatkan dia gembira, aku sanggup ditertawakan walau berjuta kali pun.

Dia yang sepanjang pengajarannya tidak pernah meninggikan suara apatah menengking. Walau sebebal mana, walau senakal mana, sabarnya begitu utuh untuk mencurahkan ilmu. Teringat sewaktu dia menghalau pelajar ponteng riadah, salah seorangnya aku. Teringat saat terkantoi ponteng koko dalam bilik pili. Sebesar mana kesnya, tidak pernah telingaku menangkap caci makinya. Hanya yang kedengaran teguran dan nasihat lembut. Aku tahu, dia tegur kerana dia sayang. Dia yang ku anggap sebagai ibuku, ku menuruti nasihatnya dan sampai disitu ke berhenti melakukan kegiatan nakalku. Pernah sekali, dia sangat marahkanku. Namun bila tangan ku hulur memohon kemaafan, tetap disambutnya walau ku tahu hatinya terluka. Maafkan saya, sensei, Maafkan saya.

Pelajaran Jepun yang tidak ku minati sampai sekarang ku tetap teruskan kerana dia. Bila dia meninggalkan dunia yang fana ini, minatku yang baru muncul terbang mengikutinya. Pesanan mu untuk belajar rajin-rajin dan menghormati guru akan ku ingat sampai bila-bila. Semangatku melayang bila terpaksa meneruskan pembelajaran Jepun tanpa bantuan mu. Semangatku hilang tatkala menyelak helaian Jepun, ku lihat bekas tandatangannya, ku lihat ucapan tahniahnya, wajahmu yang kaku terbayang di tubir mata. Demi mu, sensei akan ku penuhi amanat terakhirmu, untuk lulus peperiksaan selaras SBP Bahasa Jepun Selasa ini. Saya sayang sensei, tenanglah sensei di sana. Sesungguhnya Allah lebih menyayangimu :)




Al-Fatihah.