Saturday, November 17, 2012

A Night to Remember?

Assalamualaikum,

Setiap kali datang mengunjung tengok pageviews macam banyak tapi isi post nya sama dan dah dua bulan tak berganti buat aku rasa malu. Aku dah cakap, aku ni pemalu orangnya. Ya ya buat pengetahuan inche inche dan aku rasa gila banganglah kalau tak tahu yang sekarang dah cuti sekolah kan. Yippie sepanjang aku hidup ni cuti paling lama ; 6 minggu. Lama kan kan kan kan? Bos mana nak kasi kau cuti 6 minggu. Haa, ada? Tahu dah, saja buat persoalan. Lalala.

Tahun depan nak SPM. *goosebumps* Itu salah satu sebab kenapa trip batch yang pada asalnya untuk rapatkan hubungan F4 baru dan lama. Tiba tiba ada pulak orang kuat kata nak buat makan malam. Nyumnyum pun boleh. Kita orang bawahan hanya ikut tanpa bantah. Disebabkan tahun hadapan ehem ehem so katanya tahun depan focus je tak payah nak dok menyebok fikir pasal makan malam ni lagi. Oh ya ya mungkin Annual Dinner atau Prom Night lebih tepat. Tapi aku rasa tahun depan mesti ada buat lagi punya. Haha just wait and see.

Katanya kat Bukit Merah. Alih Alih dekat Virgo Resort,Teluk Batik. Lagi dekat mungkin lagi murah. Ehmm murah? Aku rasa berbaloi lah dengan tempat tidur yang selesa, woi!, ada ruang tamu tempat lepak dan peti sejuk air panas juga telefon percuma untuk kacau bilik lain. Ehm,  makan tengahari yang sedap dan banyak.


ini bilik tidur 

Baju untuk malam tersebut

Dan bila kau dapat tukar dari bilik kecil dan bersepah kepada bilik besar yang lebih selesa baru kau rasa trip ni berbaloi. Lagi lagi bila dapat kepuasan bila ada orang butthurt. Haha percutian kali ni aku rasa lagi seronok daripada semua camping yang aku pergi. Aku tahu banyak perbalahan tentang sesetengah aturcara. Mula mula fikir memang lah takdak apa tapi bila aku fikir empat sepuluh kali dia umm macam umm ada banyak buruk daripada baiknya. 

Izzat Danial, partner masuk pintu bagi hadiah cucuk bunga.

Dia cucuk..

dan... Tadaaaa :P

Lepas masuk pintu maka mulalah aktiviti KETANGKETING pinggan sudu garfu berlaga. Makan secara sopan dan tatatertib atau kau akan dikutuk 7 keturunan. Pffftt siapa yang ikut ni habak mai sikit, mungkin ada tapi kebanyakkannya aku tengok sama je dengan setail aku makan. kahkahkah yang penting perut kenyang. Apa apapun yang aku tahu meja aku mesti dihidangkan paling lambat. Paling lambat dan paling terakhir. Paling terakhir tu pun lepas kitaorang angkat angkat tangan. Memang saja taknak hidang ke apa? haha

With Joker of the Palace ---> Amir Haziq


Mine :P

Cikgu Som :) 

Abang waiter setia melayan meja tak dilayan 

Deskmates <3

Ini lah dia dormmates cun cun terhebat :P


4 Al Battani Forever and Always :*

Dan malam berakhir dengan cemerlang gemilang dan terbilang. Jadi aku rasa objektif trip ni untuk merapatkan F4 lama dan baru cam erm umm umm erm erm tercapai lah kot? Hihi may our friendship last forever. Dan siapa tak sayang kawan kan? Lagi lagi kelas-mate. Tambahan cerita berita kecoh kes rombak rombak ni alahai hancur luluh hati gua. Mana nak dapat lagi budak kelas macam ni. Kawan kawan macam ni. Tak apa, kita masih di bawah payung yang sama. 




p/s:  Moga moga takdak gossip gambar ketiga. Haha k tak tak jk. 












Sunday, September 16, 2012

130912 - Perginya dia yang satu.



Arwah dengan anak muridnya


Perlahan ku langkah ke dalam biliknya. Air mata yang menitis ku kesat.

"Kalau kamu sayang sensei, jangan menangis!" tegas Ustazah mengingatkan.

Tidak mahu menyeksa rohnya ku tabahkan jua hati melihat tubuh kaku terbaring. Badannya yang diselimuti ku pegang tangannya. Tudung bawal diselak perlahan-lahan senyuman yang tidak pernah lekang dari wajahnya. Alhamdulillah sehingga ke akhir hayatnya aku berpeluang melihat senyuman manis itu. Ku pandang lama seolah-olah untuk menyimpan gambar mukanya dalam kotak memori. Buat kali terakhir. Ya, buat kali terakhir. Air mata bergenang, terimbas bagai layar di hadapan mata, dia yang masih bernyawa.

Dia yang dahulunya mengajar aku bermain bola tampar. Tangan ku yang keras bisa dilenturkan atas ajarannya. Bola yang ditampar makin hari makin cantik meyusuri jaring. Masa yang diluangkan setiap petang untuk melihat kami berlatih. Ku dapat lihat semangatnya di situ, membetulkan apa yang salah menegur mana yang silap sehingga dapat puaskan hatinya. Terima kasih sensei.

Dia yang dahulunya galak mentertawakan aku kerana berjaya mengenakanku sewaktu hari lahirku yang ke-14. Teringat waktu dia bersengkongkol membuatku sehingga menangis. Gelak tawanya yang girang, senyuman manis lesung pipitnya bagai terimbas perlahan lahan. Aduh, betapa aku rindu saat itu. Andai itu dapat membuatkan dia gembira, aku sanggup ditertawakan walau berjuta kali pun.

Dia yang sepanjang pengajarannya tidak pernah meninggikan suara apatah menengking. Walau sebebal mana, walau senakal mana, sabarnya begitu utuh untuk mencurahkan ilmu. Teringat sewaktu dia menghalau pelajar ponteng riadah, salah seorangnya aku. Teringat saat terkantoi ponteng koko dalam bilik pili. Sebesar mana kesnya, tidak pernah telingaku menangkap caci makinya. Hanya yang kedengaran teguran dan nasihat lembut. Aku tahu, dia tegur kerana dia sayang. Dia yang ku anggap sebagai ibuku, ku menuruti nasihatnya dan sampai disitu ke berhenti melakukan kegiatan nakalku. Pernah sekali, dia sangat marahkanku. Namun bila tangan ku hulur memohon kemaafan, tetap disambutnya walau ku tahu hatinya terluka. Maafkan saya, sensei, Maafkan saya.

Pelajaran Jepun yang tidak ku minati sampai sekarang ku tetap teruskan kerana dia. Bila dia meninggalkan dunia yang fana ini, minatku yang baru muncul terbang mengikutinya. Pesanan mu untuk belajar rajin-rajin dan menghormati guru akan ku ingat sampai bila-bila. Semangatku melayang bila terpaksa meneruskan pembelajaran Jepun tanpa bantuan mu. Semangatku hilang tatkala menyelak helaian Jepun, ku lihat bekas tandatangannya, ku lihat ucapan tahniahnya, wajahmu yang kaku terbayang di tubir mata. Demi mu, sensei akan ku penuhi amanat terakhirmu, untuk lulus peperiksaan selaras SBP Bahasa Jepun Selasa ini. Saya sayang sensei, tenanglah sensei di sana. Sesungguhnya Allah lebih menyayangimu :)




Al-Fatihah.



Saturday, August 25, 2012

Raya belum habis lagi, kan?

Assalamualaikum,





Bila orang masih gembira golek golek bergelumang dengan ketupat rendang kuih raya dan duit raya aku pula terpaksa mengabdikan diri pulang ke sekolah. Haih kalau aku dapat tahan empat tahun, lagi setahun aku kena sabar. Lepas ni riadah setiap petang, prep petang dan malam. Masa sekolah pun panjang berjela. Kalau aku anak agung dah lama aku saman sekolah ni. Banyak menghabiskan tenaga pelajar dan otak dah tepu sampai tak boleh belajar petang petang. 

Lemah betullah kalau fikir pasal keputusan periksa. Alah cikgu, Ujian je pun. je punn kan cikgu. tak payahlah susah susah nak bagi tahu markah. Cikgu simpan diam diam je lah jangan pampangkan dekat board. Apa apa pun aku kena hafal beratu ratus perkataan JEPUN memandangkan ada ujian sikit punya besar bulan sembilan ni. Aku bukanlah nak riak ke takbur. Tapi ujian Jepun haritu aku main baling pemadam A, B, C, D lepas aku fed-up tak dapat baca. Ni bukan membaca. Mengeja pun aku ter gagap gagap. Tapi tak kusangka LULUS jugak. Tak payahlah nak aim sampai A. Asal dah LULUS buat aku rasa macam nak frame kertas periksa tu. 

Raya ni macam tinggilah pulak pendapatan duit raya aku. Makin lama makin ramai yang membesar dan bekerja, baguslah. Lepas ni aku habis sekolah nak ambil course yang lama nak graduate supaya aku masih dikira sebagai pelajar walaupun muka dah berjanggut.







p/s: Lumrah lah kan raya berat badan naik. Takpa naik sekolah aku puasa lagi sebulan.

Friday, August 17, 2012

Syaitan turun bumi? Ohmy! Ohmy!

Salam hollidei kepada semua non-muslim.
Assalamualaikum,

Aku tahu ramai dah bersedia nak sambut Hari Raya. Esok woi esok raya! Siapa tak gembira? Ada juga yang sedih meninggalkan ramadhan. Ada yang tak semangat nak sambut raya atas kehilangan orang tersayang bulan ramadhan yang lalu. Ada yang bengang tak prepare untuk raya. Ada yang kecewa boipreng tukar partner. Apa- apa pun alasan, aku tak sabar esok raya. Kebanyakkan kawan aku semua dah pulang ke gagang. Ke utara, selatan, timur. barat. Tak kurang juga ada yang beraya dekat rumah masing masing je. Apa ni? tak syiok lah, raya setahun sekali je abang kakak semua!

Apa fikir duduk dekat pinggir desa tak terasa bahang raya? Ehem, adalah sikit. Mungkin tak semeriah kalau aku dekat sini. Itulah guna kawan-kawan, sentiasa memeriahkan apakebenda yang tak meriah. Acara tukar kad raya mungkin benda biasa atau benda yang LAME. So what? Benda tradisional ni kalau dibuat balik rasa seronok tahu? Cuba kau pergi main baling selipar. Okay pergi lastik cicak. Tak pun pergi main congkak. Taknak? ok lah ok pergi main guli sorang sorang.


Memandangkan sekolah aku dah habis periksa dan cikgu dan anak murid semua malas nak mengajar dan belajar, tak kurang juga SPM candidates yang baru lepas trial so tak ada benda nak buat. Rasanya kalau bukak buku boleh muntah hijau balik. Oleh sebab untuk menghilangkan rasa bosan tak terkata, maka tangan pun laju je buat kad raya. BUAT ya bukan yang beli dekat luar. Ya, guna kertas warna, pen marker, pen warna warni, pensel warna dan seangkatan dengannnya. Tak kurang juga ada yang ikhlas hati jadi posmen. Hantar dari dorm ke dorm, kelas ke kelas. Kes tersalah hantar kad dekat orang pun ada juga. Aish nak je aku saman posmen tu. Buat malu aku (okay aku guna juga khidmat posmen ni) Ada juga yang lukis dan tulis atas kertas lepastu pergi kooperasi fotostet banyak banyak. Jadi kad raya dia semua sebijik sejiban.


Tak apalah kan, ikut kreativiti dan tahap kerajinan masing masing. Maka saingan untuk berlumba siapa lagi banyak kad raya pun timbul. Lagi banyak rasa lagi famous dan disayangi. Perkara ni aku tak tahulah berlaku dekat sekolah aku atau semua sekolah berasrama penuh mahupun sekolah harian. Tapi aku rasa sekolah harian guna teknologi terkini, guna mesej? lagi murah. satu sen. tak penat. Tak pun tangkap gambar lawa lawa, selit selitkan ucapan kat penjuru gambar, ok tag dekat geng dia. Fuyoh tapi bagi aku tak feel lah doh! Tak ada kenangan nak disimpan. Ada ke yang print ucapan/ kad raya comel-cute-aww-aww tu? mungkin ada. Biarlah penat sikit buat kad raya, gunting sana sini tapi berbaloi kott.



Oklah malam ni baru aku gerak balik kampung. Moga moga tak jam. Yayy main mercun dengan bunga api. Hoho unlimited ages okay. Dengan ini beta mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

HAPPY EID
SALAM SYAWAL (':
Maaf Zahir dan Batin


Sekian, Jazakallah.










Saturday, July 21, 2012

Tips Melawan Nafsu

Salam Ramadhan Al-Mubarak!

Baru setengah mata nak terpejam, tak pejam lagi, celik pun idok tapi dah sampai bulan ramadhan.

Syaitan di gari tapi kenapa.. kenapa.. rasa diri menyetan?

Kenapa rasa macam nak makan senyap ?
Kenapa rasa nak mencuri?
Kenapa rasa mengidam nak merokok? 
Kenapa malas nak belajar? 
Kenapa malas nak solat terawih? 
Kenapa malas nak tolong mak masak?

Tapi rajin pergi bazaar ramadhan. Rajin sebab nak ambil bau. Rajin nak beli semua depan mata. Rajin nak pau duit mak. Rajin nak minta budak kecil punya lollipop (eh) Rajin nak masak tengahhari untuk adik, nak merasa katanya.

Syaitan hilang, pontianak pocong hantu raya toyol dah takde. Tapi kenapa rasa diri lebih bernafsu berbanding sebelum puasa? Jadi mari buat benda ini:



1.
Solat.

Solat dapat mencegah kemungkaran. Dari enam tahun mak cakap tapi buat buat tak dengar. ini bukan sebarang cakap. Sekiranya bernafsu dan rasa nak buat perkara yang rasa rasa macam berdosa cuba istighfar, ambil wuduk dan solat. Solat dengan khusyuk mungkin lebih membantu daripada solat yang teringat ingat makanan dalam peti sejuk :)

2.
Bersenam


Berpuasa tidak mengehad kan aktiviti seharian. Malah siapa siapa berniat nak kurus bulan puasa ni, exercise sikit baru lah scale penimbang turun mendadak! Tak percaya? Encik polar bear pun buat senaman. Paling paling tak, turun naik tangga atau lari dari pintu depan rumah ke dapur. Lepastu boleh tidur.



3.
Tidur
"Mak, esok jangan kejut abang zul selagi mak belum habis masak untuk berbuka ya"

Salah ke tidur? Siapa kata? Tidur dapat pahala ya untuk pengetahuan. Malangnya si Abang Zul ni tidur sampai ke maghrib, boleh terbatal puasanya. Kalau agak agak diri terlebih nafsu, tidur.



4.
Ingat mati.
Susah nak melawan nafsu? Ingatlah mati, sesungguhnya manusia takkan dapat lari daripada kehidupan akhirat. Cuma tak tahu bila, bagaimana dan dimana. Sempena bulan puasa, ambillah kesempatan yang sedetik ini untuk muhasabah diri balik, tengok apa yang salah dan cuba perbaiki. Orang yang mati dalam berjihad dikira mati syahid. 

Lepas ingat mati pun masih rasa bernafsu? Mungkin boleh pergi mati :)x


p/s: RAYA LAGI 29 HARI! 

Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday #3 - Objektif tercapai

Assalamualaikum,

Sepanjang hidup aku buat folio tak pernah rasanya objektif tersebut tercapai. Selama ni buat pun membabi buta, copy paste copy paste. Mungkin aku dah dapat kesedaran, dan folio ini aku buat dengan sepenuh hati. Kerjaya dan kejayaan dia semua aku baca sampai habis. Oh lupa pulak. tajuk folio ni Idola Sukan.

Ratu Skuasy Negara, DATO' Nicol Ann David 

DATO' tu derr. jangan main main. Kecil kecil dah reti main skuasy. Waktu 5 tahun aku tengah main kahwin kahwin bawah pokok pisang lagi. Kalau ada kesempatan nak jugak jumpa dia :3 (aku harap dia baca ni)


Friday, May 25, 2012

Warming-UP maaann.

Assalamualaikum,

ok dah LAMA-LaMa-LAma-LamA-LaMA-LAMAAAAA tak update. And when i opened this blogger website, my head was like:


What am i supposed to write -,- I watched and turned to twitter, then to facebook then watched movies. As a matter of fact, I HAVE NO IDEA what to write in this boring-lame-kosong-hambar blog. What the the?!! Living in boarding school make my head spinned around and never stop. I was like in prison. No entertainment, no fun. We keep doing the same routine around and around. Plus with those examinations and the results were SO-SO-SO-SO-SO sucks. Ok teruk gila even tak dapat lagi full, i am not satisfied with it. Hmmph, i dont even struggle pon for this mid term. So goodbye BATTANI, I will no longer be Battani-ians next year, i do not deserve it pon. I keep fooling around and not serious in my studies. 

And this holiday, I will spent my time to the fullest. yeah, i'll eat what im craving for almost two months. PISANG GORENG, ROTI CANAI and MILO AIS MAMAK :] Watching movies, shopping, sleep and hang out will be the perfect holiday. Perhaps, if my mom tak suruh pergi tuition. If so then my hols will be fullfill by addmaths, physics, chemistry and biology. Shoot -,-' But that is what a 16 years old student supposed to do. kan? supposed. Blarghblarghblarghblargh 

my grammar sucks but, what do i care. Hohohoo, ill correct it when i do my essay. once a month. sorry teacher. and the FOLIOooooOoOOOOOOOOoo. PJK pun nak folio ke? Apa manfaatnya pun aku tak tahu. And i terfikir nak delete this blog. Cool tak? pfftt -,- tak berguna untuk kehidupan masyarakat pun. Maybe after this i'll write pun sebab nak SYOK SENDIRI. apa? biarlah. Myehehehehhehehehhe :DDDD

THE United Souls and Nova-X, most of them will continue their studies in overseas. NAK JUGAK CEMTU :( puihh belajar pun malas ada hati -,- My kakak dorm pergi UK. Untunglah dia. pandai. NO WORRIES AFTER THIS I'LL FLY TO SOMEWHERE THAT NOBODY WILL FIND ME. I'll make new friends and marry with english dude. Ok tak tak, nak kahwin dengan ustaz :3 Tapi lepas ustad Don bertunang, my heart BROKE INTO PIECES :( I dah patah hati, patah tulang, tawar hati. Zaman I nanti ada ke orang macam tu lagi? Oh ada kott. ZYC :))

OK then. CHEERS. Chalobeteh i need some sleep. This post is for warming up since the last time i update pun bulan 4, almost 2 months beb -,- ok ok ok ok BYE BYE BYE BYE BYE BYE BYE i'll update soooooooon. Wait for my pictures when i kahwin next saturday. Ok tak, my cousin kahwin :D


p/s: apa motiflah benda alah ni -,-




Sunday, April 29, 2012

Coretan jalanan

Sejak akhir akhir ni, dia makin sibuk. Hingga urusan ukhrawi makin hambar. jiwa makin kosong. hidup terasa kosong. Rasanya makin terjauh-dijauh-menjauh diri yang hina dengan Penciptanya. Apa yang dibuat serba tak kena. Kendatipun begitu, nikmat, rezeki sentiasa mengalir bagai ombak di laut yang tak pernah berhenti. Kini dia cuba bangkit, menjadi muslim yang mukmin. Muslimah yang mukminah.

Tempat dia menimba ilmu, banyak mengajarnya erti hidup, erti susah senang, erti bertolak ansur, erti kawan, erti keluarga, erti berusaha, erti kejayaan, erti kesedihan dan kegembiraan erti tanggungjawab. Tak sia sia dia berkorban, untuk mendapat hasil yang lebih manis. Pun begitu, tak terduga ujian yang dihadapinya di sana. Berbekal iman juga rakan di sisi, dicuba jua gagahkan hati, teruskan perjuangannya. Ya, umat Islam sentiasa kuat, tidak mengenal erti putus asa, bak junjungan kita, Rasulullah SAW.

Walau barangnya dirampas, hak nya dicabul kala pemeriksaan tak terkejut, Dia masih berdiri teguh. Walau penat lelahnya turun berlatih namun hasilnya ya, manis. Walau bukan juara, naib pun sudah menjadikan dia senyum hingga ke dagu. Walau sibuk dan hatinya diguris. Tidak diendahkannya. Sudah lali. Adat berkawan, adat hidup, norma kehidupan. Hal hal sebeginilah sebenarnya memberinya pengalaman, yang mematangkan kehidupan remajanya. untuk lebih kental menghadapi ragam masyarakat remaja yang makin runtuh akhlaknya.

Bersyukurlah, dengan apa yang ada. Sekurang kurangnya dia masih punya keluarga, masih punya rakan, masih punya masa hadapan yang perlu untuk dicorakkan. Tujuan utama insan dihidupkan, untuk menjadi khalifah yang baik juga untuk memakmurkan bumi, menjadi pemimpin untuk generasi yang memaju dunia Islam.

Monday, March 12, 2012

Antara celik mahupun separa sedar.

Assalamualikum,

HUARGH.  Ya, selepas aku rasa macam nak sakit jantung, sakit hati, kentut tak lawas dan sebagainya barulah ada pengisytiharan pulang bermalam selama seminggu. Seperti biasa, pada akhir minggu sekolah, sanubari memang tak melekat dekat muka cikgu. Mengharapkan cikgu faham bahawa aku memang dah malas nak belajar.

http://matcuoi.com

Selama aku bermastautin ni SABDA hampir empat tahun. Aku pun tak faham adakah ini memang fitrah kelakuan pelajar sekolah berasrama atau tidak. Paling senang ambil contoh di tempat aku menimba ilmu. Boleh dibicarakan setiap hari benda seperti ini menjadi halwa mata, sampai mata aku sakit dan perlu pakai kaca mata. Tak taulah adakah aku yang terlalu memerhati ataupun ramai je yang nampak

1. Imbasan imej pada benda yang boleh mengimbas (reflect)


Kebanyakkan nya ya tidak kisah yang besar mahupun kecil, senior ataupun junior akan menoleh noleh dan tertoleh beberapa kali tatkala lalu pada tempat yang ternampak imbasan dirinya. tak faham? Ok ok contohnya bila lalu dekat board/papan kenyataan yang bercermin. Ataupun dekat cermin tingkap bilik guru, kat mana-manalah yang boleh dijadikan sebagai cermin. Sewaktu berjalan,

perempuan akan menoleh dan membetulkan tudung. Tiup tiup sikit. Touch-up mana yang tak betul, berlatih senyuman paling manis.

lelaki akan membetulkan rambut, kening terangkat, practice mulut paling macho.

Ok agak agak dah cun molek meletup barulah meneruskan perjalanan. Disebabkan aku kelas Battani, depan papan kenyataan mesti akan ramai orang. Kenapa ya? ehem mungkin anda baca notis yang tertampal tapi sambil menyelam minum air, sambil membaca betulkan mana tak patut

http://matcuoi.com
toleh lagi toleh toleh 

kadang kadang orang yang sedang berlari pun sempat tengok gaya ayunan tangan. Nak gelak pun tak sampai hati :D

2. Ikat dan ikat buka dan lipat 


Ini bukan discriminant (pembezalayan) tapi ehem ini yang aku nampak. Lelaki suka ikat tali leher sambil berjalan. Mengapakah? terutama lepas zuhur, nak start P&P petang.

Lagi satu yang aku ter-perasan terutama hari sabtu ahad, lelaki berkain pelekat ke dewan makan, ke blok akademik membetulkannya sambil berjalan.

Tak kurang juga yang membetulkan tali pinggang dan tali leher serentak sewaktu berjalan. woooish hebat hebat ya anda.

http://matcuoi.com
Aku pun naik segan 

3. Trend berjalan seret kasut secara segerombolan

Bagi lelaki, mula-mula tingkatan satu boleh lah juga aku nak tabik, jalan laju fuuuuuuuuuuuuuuuuu. 
Naik tingkatan dua lambat sikit. Mula dah jalan 2-3 orang.
 Naik tingkatan tiga berjalan paling minimum 3-4 orang seret kasut.
 Naik tingkatan empat, berjalan bawa rombongan seret kasut, membetulkan baju dan rambut
Naik tingkatan 5, berjalan segerombolan pandang langit, kiri kanan toleh sana sini, menikmati tiupan angin kencang

Kadang kadang nak potong pun malas, kena lalu bahagian rumput. Macamlah gajah meyusur tu besar sangat. Amacamtu jalan lah aku dibelakang  mereka. Kalau kena jerkah baru bertambah 0.2 km/j.

http://matcuoi.com

Agak agak pengawas yang nak berlatih vokal di pagi hari waktu perhimpunan bolehlah cuba sekali dua. Lepas ni bukan setakat suara menjadi besar, kemungkinan juga hilang tak kembali. 



4. Bersilat tak kena tempat

Baiklah fokus ke perempuan pula. Kadang kadang Selalunya waktu lepas ambil wuduk rasa macam baru lepas mandi. fuuuu lencun habis. Kenapa? Sebab ramai ambil wuduk macam nak bersilat. Rasa nak balas campak air pun ada juga lepas tengok muka tak bersalah.Tolonglah prihatin sikit. Buka air punyalah besar macam tak cukup. Nanti satu kerja pulak aku nak keringkan baju.

http://matcuoi.com
kipas kipas baju Fuuuuuuu

No wonderlah semua gelisah bila pengumuman air takde haritu, takut tak cukup air even satu baldi untuk ambil wuduk. Wah wah wah nasib baik bukan aku yang bayar bil air. Pheww. Takpe lepas ni aku tubuhkan satu organisasi silat yang digelola oleh ustad mad, dia memang pandai bab bab macamni ya, harap maklum.

Ehem, kadang kadang aku pun terlepas pandang bab bab ni. Aku harap perkara macam ni dapat dikurangkan agar hidup tenteram bersama.

5.  Tolak tanpa belas kasihan

Disebabkan sekolah aku buat peraturan makan berkurangajar beradab setiap kali Rabu dan makan pun ikut dorm, ya semestinya dorm aku tersorok di ceruk. Dahlah ceruk, dekat dekat sinki. Dahlah dekat dekat sinki, sempit pulak tu. Dahlah sempit sempit, tempat orang lalu lalang. Ulang suara LALU LALANG ya. LALU LALANG.

Walau makanannya sesedap ayam kurma dan papedom mahupun nasi ayam kaw kaw tapi bila setiap kali orang lalu dan tolak lalu dan ehem terlanggar sebab sempit. Bukan seorang dua. Bukan sehala. DUA kali hala. pergi dan patah balik. Bila tengah makan rasanya beberapa kali aku tercekik. Ptuih, hal hal macam ni minta perhatian sekolah besarkan dewan makan, bukan setakat buang duit makbapak untuk bayar cermin pecah dan ganti palang katil dan baiki loji.

Oleh kerana itu ia boleh menjadikan salah satu perancangan diet, tak perlu makan malam daripada biarkan diri mati tercekik. Alhamdulillah aku masih hidup dan sedang menaip entry ini.

http://matcuoi.com
Aku rasa nak buat mogok dan demonstrasi besar besar. SIAPA SOKONG! 




p/s: esok diisytiharkan satu Selangor tiada air T.T


Saturday, February 4, 2012

Watlek, Watcool. Baru seminggu!

Assalamualaikum,

Entah mengapa adakah ini kebatilan atau kebenaran, laman sesawang ini semakin keperempuanan. Keperempuanan? Apa itu? Tak faham? Serius tak tahu? Gila menipunya. Baiklah moh sini aku cakap.

1) Template yang polka dot. Polka dot bintik bintik versi chickenpox.
2) Header gambar burung yang aku main tekan tekan pada suatu pagi yang hening, naluri keperempuanan terlebih masa tu sampai sekarang aku malas nak tukar.
3) Lagu yang berkarat. Sampai aku naik muak pulak mendengarnya.
4) Aku masih mengekalkan kesucian tanpa meletak unsur pink-merah jambu. Aku harap aku normal.

Ok benda yang di terangkan di atas boleh dielak tanpa rasa malas yang menjalar dalam jiwa. Apakan daya, sekolah sayang aku sangat sampai tak kasi balik. Balik pun bersama kertas-pen-buku ibarat gunung hingga tiada masa untuk buat benda yang tidak berfaedah. Ehem ehem.

******

Aku tahu benda yang dinyatakan tiada kena mengena dengan tujuan aku yang sepatutnya. Memandangkan aku duduk di Malaysia yang memang banyak cuti (Abagos) sekarang aku sedang goyang kaki di bawah sinaran lampu minyak tanah. Hati tengah bersuka ria memikirkan kerja rumah yang ditugaskan sekarang telah menjadi bukit. Bukan gunung. Ini boleh dikira bersyukur tahap giga.

   
ini gunung dan bukit. Dapat bezakan tahap ketinggian? Abagos sbb aku tak boleh.

Hello February. Rasa macam baru je lepas ambil result PMR. Fuh aku dah tingkatan empat rupanya. Bercakap mengenai tingkatan empat, sekolah aku dah menerima 61 pelajar intake baru pada 31/1/12.  Ok apahal ayat skema pulak keluar. Ok ok ada budak baru masuk batch aku. Biasalah mula mula, teruja lah masing masing. Aku tak kisah pun diaorang masuk, ramai kott aku rasa boleh bukak batch baru macam ni. Sepatutnya 93 orang. Maybe ada yang tolak sebab ........... ok dan tak kurang juga yang akan masuk second/third/fourth intake. sekolah aku sampai jadi macam sardin baru nak stop ambil budak baru.

hikhik Sardin Marina :) 

Ok informasi yang aku dapat tahu ada sekolah yang ambil budak baru sampai 101 orang. sikit je tu. SIKIT JE. Tak ramai pun. Memang tak ramai sampai musolla pun dah penuh, takde ruang lah kau nak lepak lepak. Satu kelas mencecah 35 orang, Total satu batch sampai 200++ FUYOO ok kesian sangat tu.

Naik bingung juga macam ni. kantin pergh tak perlu dirungkai lah. Ramai kalah macam dalam ktm. Minggu ni kira bersyukurlah tak rehat sama sebab sibuk dengan orientasi segala bagai. Minggu depan aku rasa boleh mula menabung dan berpuasa. Aku lagi rela menghabiskan masa menyiapkan homework supaya prep malam goyang kaki atau mengambil peluang keemasan tidur berkualiti supaya tak mengantuk dalam lab fizik T.T

Aku bersyukur kerana menjadi ahli kelas battani sebab dekat nak berjalan ke dewan makan nanti. Tak perlu nak berlari berkejar lawan dengan budak form 2 macam tahun lepas. Almaklumlah kelas tingkatan 3 kat ceruk dunia. Kau buat apa pung orang tak kisah. Forever alone. Kau lambat 5 minit ambil makanan dekat dm memang kena bersedia rohani nak pi beratur macam main anak ayam masa kecik kecik. Sekarang kelas bawah jadi sasaran pertama para warden kalau ada rondaan. Pergh kena siap sedia jiwa raga. Warden suka menyamar sampai dia duduk sebelah kau pun tak perasan.

Aku rasa dalam surau sekarang makin menjadi jadi kesempitan dia. Lagilagi waktu zuhur aku rasa macam tengah solat jenazah. Nak melangkah pun aku takut terpijak kaki dan tangan. Belum dikira beg orang kaya kaya ni. Lepas ni aku nak buat peraturan baru lah, masuk surau kena duduk bersila cantik cantik dalam sof. Beg beg semua letak luar kasi macam pameran sikit. Kasut mesti susun ya kawan kawan nanti ustad mad marah. Ulalala

okay ini luahan hati si fulan si fulan



Eh, sebenarnya aku nak beritahu pasal budak baru batch aku. Bapak berjela nya sampai sini dah melalut sampai aku dah hilang kewarasan kekeringan idea, semua hilang seperti terbangnya burung ketitir. Adalah juga iras iras sekembar post ini, tapi ini lebih umum. Tekan SINI.


Pertama, sewaktu beratur di dataran aku tahu budak baru banyak keliru.

 Apahal banyak sangat kelas?
 Semalam aku nampak muka dia kat sini. Kenapa kat sini?
 Eh ada budak lama beratur dkt kelas aku? 

Buat pengetahuan anda anda anda, itu hal biasa. Tahun lepas, tingkatan tiga berubah ubah bilangan kelas. Ada sampai 7, 9 kelas. Itu tahun lepas. Aku rasa er rasanya tahun ni dah tak. Dah lama juga aku pencen daripada kira bilangan kelas setiap hari waktu beratur. Takde kerja, biasalah. Setakat datang menyanyi, baca doa dan dengar pengumuman sayup sayup pun bosan juga.

Dan tak perlulah mengharapkan nak tengok muka kami kami setempat, sebaris. Harini kau tengok dia sebelah kau. Esok kau tengok dia sekelas dengan kau. Tak payah nak terkejut sangatlah. Teruja juga aku tengok barisan kelas korang straaaaaaaaaaaaaaight je. Haha, tahniah lah. Bagus, bawak sikit contoh dan budaya yang baik kat kami kami kami.

Aku bukanlah jenis yang mengusha budak baru yang lawa dan kacak. Ehem, tidak tidak. Siapa yang aku kenal dulu dekat facebook aku tegur lah. Myehehehe budak Amethyst semua baik baik, i like lah you ooollss. Kadang kadang tersaasul juga panggil korang kak. Eh baru teringat rupa rupanya kita SEBAYA. SETINGKATAN. Maaf lah. Bukan senang nak masukkan muka korang dalam memori ingatan Zealot Boes. Yalah dah 4 tahun tengok muka sama alih alih ada tambahan. Tambahan, aku masih tak dapat bezakan korang dengan budak form 1. SERIUS. Ada juga kawan aku pergi tegur budak f1, ingtkan f4. Ok itu malu. Watlek watcool. Next month aku dah boleh hafal nama sorang sorang siap bapak sekali. Hoho

Ini singkatan kita ya, ZB.

Aku tahu. Bukan senang nak bergaul mesra bertepuk tampar bergelak ketawa. Setakat senyum nampak gigi bila berselisih itu bolehlah. Kau tengok jelah kelas korang jauh mana, atas dan bawah. Dormnya pung jauh juga ya. Setakat nak bermesra sekali dua tanya nama, asal, rumah, sports semua tu bolehlah. Bila nak mulakan conversation kedua rasa janggal juga. Nak mula macammana, semua dah ditanya dulu. Tiada topik hangat untuk dibicarakan. Takkanlah nak bagitahu peraturan sekolah, jadual harian segala bagai. Mau tak sakit telinga korang dari mula masuk ada briefing sampai lah masuk kelas, dorm semua ckp benda sama. Aku tahu aku dah pernah rasa ehem.

Ini punca stress. 


Dan, Bukan mudah nak jadi rapat dengan budak baru ni. Batch aku sendiri, masuk tahun ke tiga barulah nampak sehati sejiwa se-unite, se-kepala sikitt lah. Aku tahu, bila aku cakap nama batch KITA, Zealot-BOES. pergh semua tercengang sampai aku jadi malu nak ulang banyak kali. hikhik, tak payah nak pelik sangatlah. Bukan semua yang tahu nama batch diorang sekarang ni sebab sekolah harian dulu tak dititik berat hal hal batch. Mula mula masuk SABDA aku pelik juga, buat apalah nak ada nama batch bagai, semangat betul. Rileks, baru seminggu. Jakgi kau tahulah.

Aku tahu benda ni berjela. Jari aku naik kebas juga dok pi taip panjang panjang. Well, Adioss. Esok aku kena bangun awal. Apa ingat kerja mudah? Nasib baik aku dah puas qadha' tidur. Eh dah macam dear diary pulak aku rasa.








p/s: Selamat menyambut maulidur Rasul dan Thaipusam. Hidup One Malaysia :)



Wednesday, January 25, 2012

Tahulah dah lambat. Jadi?

25/1/2012-
Baru tersedar nak wish. ehem, bukan bukan BUKAN BUKAN terlupa. Saja jadi orang terakhir yang wish. Akak patut bersyukur tahu, pergh siap ada post eksklusif lagi pulak tu. Baiklah, demi hari mulia, bulan mulia, nak mengucapkan

SELAMAT HARI LAHIR yang lepas. 
(happy belated birthday?)

Eh, baguslah. Belajar rajin rajin kat sana, datang Malaysia bawaklah strawberry murah. Teringin jugak nak makan strawberry besobeso.

Ehem, dan bawah ni, TERJUMPA ya, bukan sengaja. tanpa niat dan hala tuju.



p/s: jangan risau, semua dah settle. Restu restu :)

Tuesday, January 24, 2012

Wordless Wednesday #2



Kalaulah boleh macam ni kan BAGOS.




Haritu aku tengok cerita ni.


p/s: cuba cari kaitan antara dua gambar rajah. 

Monday, January 23, 2012

Rehatkan otak selama 9 hari.

Assalamualaikum,

Ehem ehem fuh aku dah agak tak sampai sebulan mesti ada cuti lagi. Barulah semangat Satu Malaysia. Satu kaum punya perayaan semua cuti walaupun sekolah aku ada berapa kerat jelah kan. Semoga form 4 yang bakal masuk ke sekolah aku semua Melayu taklah banyak saingan sangat.

Tipulah kalau aku kata aku tak rasa apa apa bila kena belajar subjek dalam Bahasa Melayu. Tipu, itu sangat dusta. Aku rasa er aku rasa bersyukur dan tertekan. Bersyukur? Ye lah doo bagi aku senang nak hafal esp BIOLOGI. kenapa? Sebab aku rasa semua terms dia kelakar-lawak-humorous belaka.

"Vesikel kemudiannya meninggalkan jasad golgi"
"Memproses, membungkus dan mengangkut ..... "

ok dah dah rasa tercemar blog ni. Aku rasa cikgu lagilah pening nak mengajar. Kesian juga ya, lagi lagi buku rujukan tak sempat nak beli. Fuh, tapi aku kesian juga kepada diriku. Dah belajar dalam BI dari tadika tup-tup kena translate. Tak ke boleh jadi bingung macam tu --'  Acewah padahal english tak score score jugak. Aiseyman.

Ingatkan dalam masa 3 minggu naik sekolah taklah sempat habis satu chapter. Rupa rupanya ni tibai sampai habis dua chapter. Fuh tak peliklah kalau kerja rumah aku berlonggok longgok kalah longgokan kasut Year End Sale dekat Jusco.


YES!

Ok juga jadi bahan ekperimen ni, kalau gred spm 2013 meningkat, boleh lah diteruskan zaman berzaman ya dalam bahasa melayu ni. Tapi kalau tak, alamatnya di berhentikan setakat ni jelah. Tapi oh nonono tak perlu nak mengada ngada. Budak batch 97 dan ke atas kena jugak merasa terseksa macammana nak faham terms dan istilah esp. fizik. Humakaihh  bila tengok jadual fizik ada dua masa terus pengsan. Bangun, tengok balik pengsan dan bangun dan pengsan. Sebab tu lah aku cuba elak drpd memandang jadual setiap hari khamis.

Every subject yang perlukan nota, cikgu akan kata:

"Baiklah cikgu beri kelonggaran kamu buat nota ikut sukahati dan kekreatifan sendiri"

Wah, ini sudah bagus. Makin short lah shortnote aku. Bukan apa, time time dekat periksa bukannya aku selak balik pun nota aku. Alih alih buku teks and rujukan juga aku baca. Sebab er rasa macam nota yang dibuat tak boleh dipercayai dan diragui. Hewhew

Oh dan ada juga yang demand, berkata "Cikgu, nak buat shortform boleh tak?"

Cikgu pun ternganga tergamam 5 saat. Mungkin dalam hati dia beranggapan ; malas sangat ke nak buat nota? cis, ini sudah naik lemak!

Segera, cikguku mencapai pen marker dan tulis di papan putih, Baiklah tapi cikgu taknak yang er er er macam ni:

CntohNYEW
Percamaanz Bergandew 
Percaemaan Kuadratikzz

Haha ok siapa tak gelak memang zombie lah kau, Yelah cikgu, takkan nak buat nota versi rempit pulak --' Kami budak baik dan menurut kata, apa barang rempit rempit ni, menjatuhkan bahasa melayu je.

Dan cikgu sejarah aku juga akan panggil orang bertuah dimana nota yang paling tercantik ke hadapan untuk di jadikan pedoman sepanjng zaman. Pfftt mestilah aku yang ke depan hari hari, apalah cikgu ni buat malu I je. Lepas ni sivik jugak kena buat nota warna warni bunga bungaan. Biasalah, sehati sejiwa.

As a matter of fact, study dalam bahasa melayu enjoying juga. Tak payah nak fikir negatif sangatlah. Zaman mak aku study dalam BM, boleh je jadi surirumah berjaya *keningkening*


p/s: kalau kerajaan nak tukar balik dalam BI aku rasa boleh jadi gila. 
       eh, Selamat Tahun Baru cina ya semua :)