Friday, December 16, 2011

sekolah menengah sains bagan datoh

Fiuh fiuh tiup kejap blog ni nampaknya dah bersawang berhabuk berdebu sikit. Ya nampaknya beta dahlama tak hapdet(update?) Nak kata sibuk taklah sangat. Aku rasa setakat ni takde lagi perkenalan diri kan kan biarlah rahsia nanti aku famous sangat susah nak reply mesej peminat ni

Memandangkan lagi 2 minggu sekolah akan dibuka T____T aku dah dapat kenallah ada beberapa orang yang pergi apply sekolah menengah sains bagan datoh. eh sekolah apa ni? tak pernah dengar? aku pun tak 3 tahun lalu. punyalah tercengang masa dapat surat tawaran rasa macam durian runtuh acewah. Eh memanglah baru bukak kau apa tahu sebab tu lah aku terkesima 10 saat masa bukak pamplet surat.

Aku sayang sekolah. Kau sayang tak sekolah aku? Kau bayangkan 5 km jarak dari sekolah dah boleh nampak tangki air. Wah hebat kan? Benda ni betul aku tak tipu. Kalaulah kau tahu perasaan aku macammana setiap kali nampak lembaga tu. Jantung aku tiba tiba jadi ABNORMAL. Dia mengepam darah terlalu laju. "DUP DAP DUPEDAPEDAPEDAP" Aku rasa nak suruh ayah aku brek kecemasan dan pusingkan stereng pergi menghala ke selatan pulang ke rumah

Nampak tak tangki air tuu?
Sekolah ni dibuka masa 12 May 2009. I ingat lagi youu, masa masuk kosong sangat. Kantin waktu tu takde meja lagi, semua barang masih berplastik tak silap aku eh ye ke tak ingat dah. Yang penting aku dah rasmikan semua toilet aras 1 Amethyst wehahaha bangga aku jadi orang pertama. Kat sini ada 6 rumah. Bukan rumah teres, banglo, semi-d bahkan mungkin ada rupa rumah panjang sebab dia bergabung gabung. Alah standard dorm asrama lah. hihi ada 6 katil double decker kiranya berapa orang satu dorm? haa kiralah sendiri. Eh kenapa aku cakap pasal katil --'

Benda ini akan berlaku setiap kali hujung tahun. BANYAK beg sampai tak boleh nak jalan.
*****
Amethyst. nilah rumah tercantik abad ini
Ngehehe rumah lain ialah EMERALD, RUBY, CITRIEN, TURQOIUSE (mcmmana nak eja?) AMBER. Wah warna warni. Bila hari sukan semua berkumpul pakai jersey masing masing lagi lawa. Rasa macam duduk dekat pelangi okay hiperbola gila budak ni. Sampaikan warna meja Dewan Makan pun nak ikut campur campur warna. Hari hari pilih nak duduk warna apa. Makin tak berselera aku makan.


Sekolah aku ada taman permainan. Hehe kau ada? Masalahnya tempat ini untuk anak anak cikgu dan staf sokongan sekolah. Setakat ini belum ada masalah kerosakan yang dilaporkan. Biasalah budak sekolah ini semua baik baik, sopan santun, lemah lembut.


abaikan model terkenal.
Dataran SABDA

Itu blok akademik 
Gambar dari luar (cilok)
Eh aku rasa tak bagitahu lagi nama singkatan. Ya sekolah cantik lagi unik ni namanya SABDA. Pada mulanya nak buat SESBADA lah hapalah. Datang sekolah lain dia kata badak lah tu lah nilah. E'eh sukahatilah sekolah aku lain daripada lain.

Setiap dua minggu sekali boleh outing. Gilir gilir dengan lelaki. Ye. keluar dari sekolah menghirup udara segar. Pagi pagi bangun aku suka tengok pemandangan kat luar. Cantik gila macam dekat pantai Bali. Acewah sunset dia pun lawa. Tak payah pergi jauh jauh dekat sekolah aku je dah boleh tengok pemandangan cantik. Memandangkan SEKELILING sekolah aku adalah kelapa sawit. Takpun ladang pisang. Wah wah sebab tu aku mata aku sihat asyik tengok benda hijau je.

Kalau nak keluar ke PEKAN bagan datoh 5 minit dah sampai. Pekan koboi ada apa je? Hah? kau tanya ada apa? Well ini pekan banyak maju, ada Cyber cafe. senanglah nak buat research apa apa kan setiap minggu. Sekolah mula ada internet tahun inilah 2011. Itupun nak guna makmal komp kena ada kebenaran. Mana boleh main pecah masuk, mau tak kena gantung.

Nak beli barang hiasan diri? Syampoo? Sabun basuh? Semuanya ada di kooperasi. Stok banyak, selalu TAK habis. Nak beli KITKAT? nak beli makanan ringan? Kena naik teksi takpun bas ambil masa lebih kurang 30 mins bolehlah sampai Simpang Empat. Ada Billion, cawangan pakcik janggut putih saya juga ada, Kentucky Fried Chicken atau nama femes beliau KFC. Baru bukak lagi ni. Servis pun ala ala lemah lembut tali kecapi lagi.

maggi? Oh benda tu tak dijual ya. Maggi adalah makanan haram di sini. Bahkan ia juga adalah makanan ruji buat penghuni aspura aspuri. Tak faham? Kau masuk sekolah ni kau fahamlah.

Apa nak buat SABTU AHAD? Wah wah banyak benda boleh buat bila anda duduk di asrama. Segmen ini akan disambung pada post yang lain. Mati aku nak tulis. Setakat ni banyaklah pengalaman aku buat kerja gila dekat sini.

Malam tak boleh tidur? Jangan risau. Kat sekolah aku banyak spesis burung hantu. Ya aktiviti pada malam hari selalunya lebih agresif daripada tengahhari. Hebat kan? Sebab tulah aku suka sekolah aku. Banyak benda aku dapat dan aku kenali sepanjang aku sekolah sini. Ada satu jenis serangga yang memang famous wa cakap sama lu. TAK dapat jumpa kat tempat lain. Bahkan kawan aku yang duduk Bagan Datoh pun cakap dekat rumah dia tak pernah jumpa serangga ni. Post ini juga aku akan buat kasi spesial sikit.

Benda yang aku rasa penting untuk terus hidup lama di sini adalah KAWAN. Ya, anda yang pergi apply sini dan mana mana sekolah pun kena ada kawan yang sekepala. Baru lah boleh buat kerja gila. Eh aku rasa tak sabar nak buat post pasal kerja baik yang aku buat dekat sekolah. Weheheh.
Takpe benda ni memang dah lali buat pelajar SABDA. Aku rasa smua pelajar buat. Aku buadak baik. Mana main ceroboh sana ceroboh sini, Aku buat hal aku diam diam je sudahlah.



Haa carik cepat mana aku?
Apa nak buat malam yang terjadi pada gambar diatas bila warden suruh batch aku kemas barang aspuri. WHATTT? aku masuk masuk je dah terkejut apahal bising gila kalah disco belakang rumah aku. Aku tak tahulah apa penghuni aspuri ni buat sebab ktorang terjumpa kain yang sangat LAWA dan panjang. Serius panjang gila, boleh buat baju raya aku 10 tahun berturut-turut okay tipu. Eh tapi PANJANG! 

Batch aku kan kreatif, mereka pun nak buat ala-ala ART ATTACK gitu. pergi buat huruf ZB. Eh apahal ZB? buruk gila bunyi. Eh senyap lah ni nama batch aku siapa nak bantah sila angkat kaki. Hah? ADA? ADA? Bagus aku tahu korang baik. Batch pertama yang masuk seperti yang aku cakap dkt atas, nak kata pioneer lah ni? Eh poodah. Betullah kitorang masuk tnpa pertolongan sesiapa di sisi. Banyak benda terjadi kitorang handle sendiri. Sepatutnya diberi award batch paling berdikari tahu! 

Buat pengetahuan semua, merujuk kepada gambar diatas dilakukan malam sebelum 18/11/12. Malam sebelum diisytiharkan cuti panjang. Ya, waktu ini musim SPM. Minggu SPM. Sepatutnya kenalah senyap bagi diorang belajar untuk jawab kertas yang menentukan masa depan tu. Tu lah, entah kenapa sekolah sayang sangat dekat kitaorang sampai tak kasi balik. Di sudut negatif nya begitulah. Kalau fikir positif, mungkin dapat teman akak akak yang berasa keseorangan tanpa batch aku di sisi. Acewah, aku dah kata, batch aku di sayangi SEMUA. hehe :')

Baiklah baiklah beta perlu mengundur diri sebab nak menguruskan hal duniawi. Lagi 3 4 hari beta post kerja baik yang beta buat bersama sahabat handai. Wah aku pulak rasa tak sabar nak update. Ngehehe



p/s: Apa tujuan post ni sebenarnya aku pun tak tahu


4 comments:

YAYA IMAN said...

kau sangat sayang sekolah kau <3 haha ;D hahahahaha.

NurFarinaAzwa (Y) said...

Eh mana ada aku cakap macm tu. Kau jgn nak buat onar :D

Wan Muhammad Faris said...

ZB? mesti dah lama x balik bagan ni. all te best in your life sis.

meow meowie said...

Sis, nak tny boleh...ap yg jadi sebenarnya psl arwah cg maya tu