Thursday, December 22, 2011

Pengakuan rahsia berani mati.

Awan berarak perlahan, 
Embunan pagi begitu menyegarkan. 
Mendung pagi hingga tengahhari
Hujan rahmat menitis di cermin kereta,
WMN 4070 membelah jalanraya yang sepi

TIK TOK TIK TOK TIK TOK minit berganti jam
Setiap detik menjerihkan buatku
Hati ku merintih berdoa, 
Membayangkan keaadaan di sekolah,
Susah senang pahit getir ditempuh bersama rakan seperjuangan
140 orang melengkapkan segalanya
Cacian serta makian sudah menjadi halwa telinga.
Hanya kepada-Nya ku berserah, Tuhan Sekalian alam.

Tepukan bergema,
Ayahanda kesayangan memberi ucapan.
Bayangan ustzah yang dianggap sebagai ibu sudah menjelma
Senyuman manis diberikan membawa sejuta makna
Ah, apakah maksudnya Ya Allah?
Rasa hatiku berbaur lagak rojak pasembor

Bertukar cerita bersama rakan yang dirindui merindui ku,
Mengaut setiap peluang yang ada melepaskan rasa dalam hati
Setelah diumumkan, rasa sebak hati.
Terima kasih Ya Allah

Tergambar keriangan dan kebanggaan di raut wajah setiap pelajar. 
Menggeletar gaya parkinson ketika memegang slip,
Mengalir airmata gembira ibu ayah,
 insan terpuji yang memberi peluang untuk mengecap kegemberiaan walau seketika,
Gambar ditangkap dibuat kenangan abadi yang tiada galang ganti
Tidak terungkap rasa hati melihat keceriaan di wajah semua orang

Tidak kurang juga yang berduka
Tabahlah sahabat, Allah Maha Adil,
Teruskan bersyukur dengan apa yang ada,
Itulah usaha yang ditaburkan hampir setahun kita di pinggir desa,
Masih panjang lagi perjalanan kerana
Ini baru permulaan.

Terima kasih Ya Allah kerana memberi kejayaan ini,
Terima kasih buat ibu ayah yang banyak menyokong kala suka duka
Terima kasih warga pendidik sabda yang tidak mngenal erti penat lelah
Terima kasih kawan kerana berada di samping ku sewaktu susah dan senang.
Semuanya kita hadapi bersama so 
korang janganlah pindah wey sedih tahu tak. Aku merayu ni weh --'
*okay cool ter-emo abaikan semua.

___________________________________________________________________

Aku tak tahu yang benda alah atas ni apa. Haha ada kira macam puisi? Pantun ke? erkh sajak lagilah macam haramm. Sukahati je aku nak tulis apa :D Baiklah baiklah kenapa tajuk ni pengakuan rahsia berani mati? Post ini juga bertujuan untuk mnyedarkan anak bangsa supaya jangan buat kesilapan bodoh macam aku lagi. YES! Apa aku cakap ni? 

Pada 10/10/11, tarikh periksa matematik sebelum rehat, kertas kedua sebelum merdeka. Ah, aku terover eksited sangat kot. Erkh sedihnya nak cerita macam mana ni --' Tak sanggup

okay dah gedik, tiba tiba ketua pengawas aku yang cun melecun kata:

Baik masa menjawab telah tamat, Semua calon dikehendaki meletakkan pen. Pengawas peperiksaan akan mengutip kertas anda sekarang!
*aku ingat lagi sebijik sebijik 

Dengan muka tenang bajet Insyaallah lah ni boleh pass. Selak punya selak punya selak sampai muka surat akhir sekali rasa ni soalan last tapi apahal ada lagi gambarrajah belakang ni?

WHAATTTHEEEE? 


Arhk aku apa lagi dengan semangat kental cuba tulis fraction alah pasal SIN COS TAN apa ntah.. Aku ingatt lagi soalan tuu T________________T satu soalan je aku boleh buat. Ah, tengok markah ada dalam 4 lah. CONFIRM melayanglaahh. Okay dah Farina dah redha redha. 

Wah sedihnya rasa nak menangis. Tapi tak boleh nak betul kan pun. Baiklah kakak adik abang mak nenek comel lote yang tengah baca lain kali CHECK SAMPAI HABIS. Kalau boleh sampai nak terkoyak pun takpe lah jangan sampai jadi macam ni. Ni kes cuai gilalah tak boleh nak salahkan siapa siapa sebab ni salah aku. Erkh. ok ok semua dah lepas. Chill, Alhamdulillah tahu jugak result aku harini.

Tarikh keramat woo : 22/12/11
LAWA KAN TARIKH NI ;')

tengok tengok gambar anak sesat ambil result muka riang gembira. Ngehehe

Anak sesat ni lagi tinggi dari mak dialahh. Amacam ada nak lawan?


p/s: Tangan beku, nak tanda tangan pun terketar-ketar,erkh hodoh jadinya



1 comment:

Anonymous said...

Hai saya isya . Just nak tanya . Bila blaja sana , rasa persaingan tu sengit tak ? Sekolah sbp kan . Still skolah sana ke ? Form brape ?