Sebelum bermula aku nak berterimakasihlah buat Kementerian Pelajaran Malaysia yang sangat ambil berat pasal aku eh pasal batch 96 satu malaysia siap buat mesyuarat bagai.
Apa? Kenapa? Apahal? Hek elleh kenapa kena terima kasih bagai. Ya baik semua tekan SINI barulah tahu apa tujuan post ini. Terima kasih jugak buat kawan aku yang tiba tiba baik hati lagi mulia lah pulak memperkenalkan portal rasmi ni. Oh mungkin dia nak tutup mulut dan gosip orang yang bgtahu banyak sangat tarikh sampai tak tahu bila keputusan nya keluar.
Amin, Ya Allah, kecut pankreas aku. Doakan lah aku dan seluruh warga batch 96 ;)
T____________________________________________________T
Lagi DUA HARI. Harini hari Isnin, ESOK dan ESOK dan dan dan dan dan er ya terus kena bangun pagi untuk melancong ke Bagan Datoh. Whatthe? boleh tak kalau aku nak SMS je untuk tahu result? Sekarang dah majulah bro. Internet boleh check, guna h/p pun bolehh.
kan aku kata SMS pun bolehh
Tak. kalau boleh aku taknak tahu pun. Kalau okay aku naklah tahu hikhik Sekarang dah hujung tanduk kambing je. Dapat tak dapat dah takdir, rezeki. Tapi tapi aku taktahulah macammana Ya Allah risau macam menanti kucing aku beranak. Eh aku mana ada kucing.
Macammana eh nanti nak ambil result dekat sekolah? Ada ke macam kena beratur ikut kelas lepas tu cikgu panggil ikut nama? Atau atau dia panggil yang 8A je naik pentas? OHMAKAIHHH. Tu lagilah aku cuak. Lagilagi kalau ikut kelas. Maunya jantung aku berhenti berdegup sbb takut sangat. Taknaklah nanti ada aksi tangkap leleh pulak. Alololoh lemah aku macam ni, dasar hati tisu.
AH aku mana ada pengalaman ambil result ni. UPSR jelah --' Tu pun aku takde feeling. Siap boleh gelak gelak cakap pasal anak orang jatuh longkang. Dulu cikgu panggil yang dpt 5A je naik pentas. Acewah bila nama aku adalah dalam 7 saat mereka tunggu tuan empunya badan. Oh rupa rupanya aku sibuk gelak dengan kawan. Lepas kawan aku jerit nama aku barulah tersedar. Naik pentas muka tenang je walaweh ni anak orang ke anak apa ni? Mak aku dah siap dengan tisu semua buat drama sebak.
Dik, jangan menangis, aku dah lepas upsr lama dah.
Kalau kalau kalaulah aku takde perasaan macam dulu kan bagus. Hidup tenang aman damai sentosa. Betullah aku kena bersedia mental fizikal untuk benda alah ni. Lepas ni kena selongkar balik almari carik tudung baju batik semua. Cuti sekolah semua barang hilang aku pun tak tahu kenapa. eh aku baru teringat aku dah gunting lencana T__T Wahai pengawas, anda nak buat ke spotcheck nanti? Paling takpun dapat jelingan manja cikgu ajelah. Weehuu
Jeling banyak kali pun saya rela
Aku aku aku aku i mean kita kena banyak berdoa je sekarang. Tak boleh buat apa dah. Pemeriksa pun dah penat menanda kertas. Adalah kut kut kertas pmr aku pergi melancong area area Kedah, Kelantan Terengganu sana, Wah wah harap hrap tak tercemar dengan air banjir.
Kadang kadang apa yang kita fikir baik untuk kita tapi sebenarnya TAK. So, jadi, konklusinya, tuntasnya, in a nutshell, redha jelah dengan apa yang aku dapat. usaha pun dah. And yeah aku kena cuba hadapinya dengan tabah. Tak mao ah ada drama sebak. Kena bawak kamera ni, boleh tangkap sedas dua muka muka yang merah. Ngehehe tunggulah lagi 2/3 hari ada gambar orang bertuah dekat blog ni. Ntah sempat ke tak aku nak tangkap. Takut frust menonggeng je :( Eh tak tak, redha redha.
Ala ala muka aku gituu.
p/s: makan tak kenyang tidur tak lena mandi tak basah.Eh mana aku letak baju batik ni. Hilang lah pulak aiihhhh --'
4 comments:
cuak dowh...
wehhh sangat T_______T tak tahu nak buat apa dah. DOA je boleh :(
chaiyokk ! kita boleh~
tpi saye 9 subjekk..
HAHA Insyaallah :))
Post a Comment