Friday, December 23, 2011

Ada rupa macam sekolah tadika tak nanti?

Erkh ya isu pasal Abang PMR pun tak habis diperkatakan. Mungkin masih Hoott sebab baru semalam aku pegang slip copy paste. Yang lain hanya nama, sekolah ic dan ya ada yang (+) wah wah pandai sangat lah yang dpt + tu. Bangga aku jadi ahli batch 96 satu Malaysia.

Terkejut juga ya abang dalam tv yang pandang camera setiap masa ok dalam berita terkini semalam dekat TV3 dia kata paling terbaik dalam 4 tahun? Weehuu, rajinnya dia pergi buat statistik macm tu.

Rasa macam durian runtuh, rezeki jatuh dari langit bila sekolah kesayangan aku dapat no.4 dalam Perak. Bangga? Eih, agaklah hew hew sekolah baru yang serba kekurangan.

Lepas cikgu bagi slip terus dapat surat keperluan dengan yuran makanan, tarikh masuk sekolah. Fiuh fiuh fiuh baru nak bergumbira. tengok tarikh, erk 3 JANUARI 2012. Mai oh maii.

Kenapa mesti balik awal sehari? --'



Niat di hati sebenarnya hanya
sampai sekolah, 
ambil slip
salam peluk cium
dan er balik.

Nasib baik cikgu yang bagi surat tu kalau tak aku dah lama buat buat tak nampak ok jahat gila. Bila sampai bilik baru lah boleh tengok slip tu puas puas. Fuh fuh tengok senarai barang, Alah, aku dah ada dah semua benda ni okay cuma kena beli baju batik sebab dah hilang. Pandang sekali lalu dan er ya tiba tiba mataku tertancap pada sesuatu.



HAH WARNA RUMAH? --'
boleh percaya ke? 

Tak merasalah aku nak pakai warna oren. Dah naik jemu dan muak aku pakai warna biru putih. Pengawas pun buat dunno je aku jahit tanda nama aku waktu darjah 5. Bezanya sebab latar belakang nya warna putih and aku pakai pun nampak suci. Tak de siapa tegur, wehuu baguslah :')

Lepas ini pakai warna PURPLE? Aku harap warna purple dia lawa. Alahai, tak boleh lah lepas ni cilok tag nama orang kalau terdesak waktu perhimpunan. Macam tau tau je jenayah yang aku buat.

 kenapa? kenapa? KENAPA? KENAPAAAA?

Ok dah. Lagi 10 hari nak naik sekolah dan aku akan jadi dewasa bila topik seharian akan menjadi

 '' Weh report bio kau dah siap?
Alah kena buat scrap book addmaths
Susahnya aku nak hafal Chemistry ni
Ah, kita patut bakar buku physics. Apahal susah sangat --' ''

Macam orang besar rasanya bila naik tingkatan EMPAT. Rasanya macam baru je aku duduk pergi trial. Macam baru je tahan nafsu tak makan maggi buat bulan bulan genting. Macam baru je beli sekotak pensel stabilo. Macam baru je susun meja untuk PMR kasi lurus lurus. Macam baru je pergi lepak kantin. Macam baru je macam macam macam dan semua macam.

Baidewei, Haritu balik kampung aku jumpa kambingg. Eeeeee comel gila haha

kan kan kaaaaan!

Okay dah dah takde kena mengena kambing dengan post ni. Apa yang aku cuba sampai ialah kenapa name tag ikut warna rumah? Nampak er nampa er *sila rujuk tajuk post ini


p/s: eh aku tahun depan belajar BM ke BI? Cis.

6 comments:

jKimMira said...

aq baru nk jimat duet makbapak aq since thn lps pnya bnyk lagi.. takkan nk pkai warna merah?? haissshhh.. aq tak suka warna merah!!!!

NurFarinaAzwa (Y) said...

haha kau punya merahh. 6 ringgit kan? mahal tu T______T aku punya purple lawa sikitt

Shahizan Azmi said...

SERIOUSLY, JANGAN PERCAYA. Tak silap aku tahun lepas pun tulis warna rumah Hahahaha. tapi normallah sbp ikut warna rumah cuma kalau warna kuning tak nampak sangatlah jawabnya -,-

NurFarinaAzwa (Y) said...

hmpphh sekolah kau tulah unik sangat --' kuning lawa apaa HAHA #jagahati

Unknown said...

enjoy balik sekolah.akak dah rinduu gila kat sekolah nii

NurFarinaAzwa (Y) said...

er enjoy? bolehhlah T_____T haha, lepas SPM mestilah rasa macam tu kaan.