Thursday, January 24, 2013

Ada apa pada 2013 ?

Assalamualaikum ,

Setelah sekian lama gua tak hadap belok ni, harini lepas gelak pusing pusing bukak tab tutup tab habis makan lepas tengok tv habis minum teh tarik baru ada passion nak menaip . Nampaknya makin terbiar tapi tak apa sebab kucar kacir pun menyepi juga. Hihi. Alhamdulilah gua dah masuk 2013.

2013 ? Berdasarkan tajuk post ni aku buat persoalan , ada apa pada 2013 ? Pada tahun 2011 aku berumur 15 tahun . Haa jadi 2013 ada apaa ? Kira aah sendiri . Gua tahun ni diburu oleh cikgu cikgu dan buku buku. Jadi tak heranlah kalau cuti ni kerja rumah aku banyak sangat. Forum forum forum, karangan, kimia, biologi, oral BI, addmaths. Masing masing berlumba nak buat eksxem balik cuti ni. Alah apekedehal. Exam je pun kan. Tak lulus tak kiamat pun. Eh eh eh lupa gua nak heboh, aku LULUS exam jepun tahun lepas. Lulus pun boleh aa, tak dapat A gua tak kisah. Batch gua ramai jugak lulus.Tuzki Bunny Emoticon Alhamdulillah, ini dikira penghargaan kepada arwah sensei yang nak sangat tengok kami berjaya.

SUCCESS ! 

Umm herm, umm ada apa lagi pada 2013 ? Tahun terakhir persekolahan dan tahun yang paling dirujuki oleh adik adiks junior. Hihi sounded so poyo tapi kisah apa. Eh budak budak dorm gua yang form 1 semua best best belaka. Walaupun baru 3 minggu dgn diaorang dah dapat kamceng. Seronok bersembang punya pasal smpai pukul 2 tak light off, asyik kena sound je dengan pengawas. Tuzki Bunny Emoticon

Sebelum gua terlupa, tahun ni sekolah ada beberapa perubahan . Paling ketara atau aku je yang perasan bahawasanya ustad mad makin meninggi. N'awwhh , sebelum ni sama tinggi dgn ckg Hidir tapi sekarang dia dah mengatasinya . Teruja aku. Eh eh lagi paling ketara perubahan tahun ni ialah kelas lelaki dan perempuan diasingkan utk tingkatan 5 . Battani semua lelaki, Biruni semua perempuan. Dalam analisis peribadi gua, kelas asing asing ni adalah juga kebaikan dan keburukannya. 

Kelas lelaki vs kelas perempuan

Aku pun pelik kenapa guru kelas dan kebanyakkan guru subjek gua lelaki padahal kelas battani guru kelas dan kebanyakkan guru subjek mereka perempuan. Haa nampak tak permainannya ?  mungkin nak menjadikan pembelajaran lebih menarik kot.Tuzki Bunny Emoticon Ahaks . Tapi simpati jugak aku dengan cikgu perempuan, masing masing segan nak masuk bila pertama kali mengajar. nanti ada yang singgah kelas aku, tarik nafas hembus nafas baru masuk kelas lelaki tu. Sabar ya cikgu . Ada jugak aku dengar cerita lelaki  ni makin mengganas bila ada geng. Sampai kan kaki retort masuk dalam besen air waktu buat eksperimen kimia. 

Aku suka kelas perempuan ni, sifat semua orang makin terbuka. Senang kerjasama. Senang sependapat. senang gelak kuat kuat. Kurang kes kes yang tak diingini. Lalala. eh tapi adalah aku nampak, idea masing2 tak berkembang luas. Sepesen sepesen je pun point yang diulas. Kalau lelaki, tahap pemikiran diaorang lain. Tu yang aku suka sebenarnya. Tapi ahh benda cenggitu tak menjatuhkan semangat gua pun. 

Oh ingatkan aku nak kena buat gambar passport lawa lawa untuk kad matrik. Haa maju tak sekolah gua ? Ada kad matrik . Urgh susah ah nak extend cuti ke balik lambat outing ke apa. Sebelum ni boleh aa tong tong sikit. Lepas ni kena cari jalan lain nak buat benda cenggini ahaks. Tahun ni kesedaran makin cepat menyerap dalam diri masing masing. Malam kedua sekolah aku una eika mafia yani put dah pulun stadi kimia F4. Bertahan dalam 2 malam stei ap. sampai malam seterusnya tergendala.Tuzki Bunny Emoticon Wakaka tu namanya semangat tahi ayam. Apa apa pun aku harap ia bersambung lepas ni. Stei ap sampai pukul 1 lebih dah mula dah. kadang2 tinggal aku dgn basyirah . Lepas nampak dia kemas2 buku aku pun terpaksa rela kemas jugak balik dorm sbb takut nak duduk sorang sorang. hikhikhik

Aku tak faham kenapa belokgers ada yang minta maaf kalau tak dapat nak update banyak banyak, padahal bukan ada siapa follow pun. Jadinya gua rasa tahun ni mungkin ni yang terakhir gua menaip panjang panjang sebab ada banyak lagi benda gua boleh buat daripada menulis ((padahal online 24 jam)) Tahun ni gua agak aku tensi. Meja penuh buku sampai rasa nak baling.Tuzki Bunny Emoticon Kepala pening rasa nak hantukTuzki Bunny Emoticon Dan gua akan makan tanpa henti .Tuzki Bunny Emoticon Maggi ? Hup seng dan milo + nescafe benda yang wajib setiap malam kalau gua lapar. Orang kata SPM nak berhenti makan maggi. Oh aku pun nak cuba. Tapi bila semua tolak maggi tapi locker penuh bubur, PAMA dan sebagainya, woi ada beza ke ? MSG jugak kot. Tu semua adik sedara sepupu sepapat maggi. Mentaliti bebudk sekarang bukan boleh pakai sangat. hikhik Dalam sebulan dua sebelum Espiyem mungkin gua ada rasa macam ni ---> Tuzki Bunny EmoticonTapi mohon mohon dijauhkanlah. Amin. Orait semua doakan gua dan batch gua dapat buat rekod yang tak boleh di pecahkan. Semua A+ baru cool. Insyaallah Zealot buat yang terbaik, se-terbaik program yang berlambak dan duit yang banyak dikeluarkan. Bayangkan 3 minggu pertama je RM100 untuk buku latihan. Aku belanja makan kurang 15 hinggit tau. PiBG ada dalam 150. dan seangkatan dengannya. Phewh nasib tak sampai setahun je aku sekolah sana. Ok dah challobetteh.

Sekian, salam.



p/s: Doa anda sangat di perlukan. Terimas :)





Saturday, November 17, 2012

A Night to Remember?

Assalamualaikum,

Setiap kali datang mengunjung tengok pageviews macam banyak tapi isi post nya sama dan dah dua bulan tak berganti buat aku rasa malu. Aku dah cakap, aku ni pemalu orangnya. Ya ya buat pengetahuan inche inche dan aku rasa gila banganglah kalau tak tahu yang sekarang dah cuti sekolah kan. Yippie sepanjang aku hidup ni cuti paling lama ; 6 minggu. Lama kan kan kan kan? Bos mana nak kasi kau cuti 6 minggu. Haa, ada? Tahu dah, saja buat persoalan. Lalala.

Tahun depan nak SPM. *goosebumps* Itu salah satu sebab kenapa trip batch yang pada asalnya untuk rapatkan hubungan F4 baru dan lama. Tiba tiba ada pulak orang kuat kata nak buat makan malam. Nyumnyum pun boleh. Kita orang bawahan hanya ikut tanpa bantah. Disebabkan tahun hadapan ehem ehem so katanya tahun depan focus je tak payah nak dok menyebok fikir pasal makan malam ni lagi. Oh ya ya mungkin Annual Dinner atau Prom Night lebih tepat. Tapi aku rasa tahun depan mesti ada buat lagi punya. Haha just wait and see.

Katanya kat Bukit Merah. Alih Alih dekat Virgo Resort,Teluk Batik. Lagi dekat mungkin lagi murah. Ehmm murah? Aku rasa berbaloi lah dengan tempat tidur yang selesa, woi!, ada ruang tamu tempat lepak dan peti sejuk air panas juga telefon percuma untuk kacau bilik lain. Ehm,  makan tengahari yang sedap dan banyak.


ini bilik tidur 

Baju untuk malam tersebut

Dan bila kau dapat tukar dari bilik kecil dan bersepah kepada bilik besar yang lebih selesa baru kau rasa trip ni berbaloi. Lagi lagi bila dapat kepuasan bila ada orang butthurt. Haha percutian kali ni aku rasa lagi seronok daripada semua camping yang aku pergi. Aku tahu banyak perbalahan tentang sesetengah aturcara. Mula mula fikir memang lah takdak apa tapi bila aku fikir empat sepuluh kali dia umm macam umm ada banyak buruk daripada baiknya. 

Izzat Danial, partner masuk pintu bagi hadiah cucuk bunga.

Dia cucuk..

dan... Tadaaaa :P

Lepas masuk pintu maka mulalah aktiviti KETANGKETING pinggan sudu garfu berlaga. Makan secara sopan dan tatatertib atau kau akan dikutuk 7 keturunan. Pffftt siapa yang ikut ni habak mai sikit, mungkin ada tapi kebanyakkannya aku tengok sama je dengan setail aku makan. kahkahkah yang penting perut kenyang. Apa apapun yang aku tahu meja aku mesti dihidangkan paling lambat. Paling lambat dan paling terakhir. Paling terakhir tu pun lepas kitaorang angkat angkat tangan. Memang saja taknak hidang ke apa? haha

With Joker of the Palace ---> Amir Haziq


Mine :P

Cikgu Som :) 

Abang waiter setia melayan meja tak dilayan 

Deskmates <3

Ini lah dia dormmates cun cun terhebat :P


4 Al Battani Forever and Always :*

Dan malam berakhir dengan cemerlang gemilang dan terbilang. Jadi aku rasa objektif trip ni untuk merapatkan F4 lama dan baru cam erm umm umm erm erm tercapai lah kot? Hihi may our friendship last forever. Dan siapa tak sayang kawan kan? Lagi lagi kelas-mate. Tambahan cerita berita kecoh kes rombak rombak ni alahai hancur luluh hati gua. Mana nak dapat lagi budak kelas macam ni. Kawan kawan macam ni. Tak apa, kita masih di bawah payung yang sama. 




p/s:  Moga moga takdak gossip gambar ketiga. Haha k tak tak jk.