Friday, August 17, 2012

Syaitan turun bumi? Ohmy! Ohmy!

Salam hollidei kepada semua non-muslim.
Assalamualaikum,

Aku tahu ramai dah bersedia nak sambut Hari Raya. Esok woi esok raya! Siapa tak gembira? Ada juga yang sedih meninggalkan ramadhan. Ada yang tak semangat nak sambut raya atas kehilangan orang tersayang bulan ramadhan yang lalu. Ada yang bengang tak prepare untuk raya. Ada yang kecewa boipreng tukar partner. Apa- apa pun alasan, aku tak sabar esok raya. Kebanyakkan kawan aku semua dah pulang ke gagang. Ke utara, selatan, timur. barat. Tak kurang juga ada yang beraya dekat rumah masing masing je. Apa ni? tak syiok lah, raya setahun sekali je abang kakak semua!

Apa fikir duduk dekat pinggir desa tak terasa bahang raya? Ehem, adalah sikit. Mungkin tak semeriah kalau aku dekat sini. Itulah guna kawan-kawan, sentiasa memeriahkan apakebenda yang tak meriah. Acara tukar kad raya mungkin benda biasa atau benda yang LAME. So what? Benda tradisional ni kalau dibuat balik rasa seronok tahu? Cuba kau pergi main baling selipar. Okay pergi lastik cicak. Tak pun pergi main congkak. Taknak? ok lah ok pergi main guli sorang sorang.


Memandangkan sekolah aku dah habis periksa dan cikgu dan anak murid semua malas nak mengajar dan belajar, tak kurang juga SPM candidates yang baru lepas trial so tak ada benda nak buat. Rasanya kalau bukak buku boleh muntah hijau balik. Oleh sebab untuk menghilangkan rasa bosan tak terkata, maka tangan pun laju je buat kad raya. BUAT ya bukan yang beli dekat luar. Ya, guna kertas warna, pen marker, pen warna warni, pensel warna dan seangkatan dengannnya. Tak kurang juga ada yang ikhlas hati jadi posmen. Hantar dari dorm ke dorm, kelas ke kelas. Kes tersalah hantar kad dekat orang pun ada juga. Aish nak je aku saman posmen tu. Buat malu aku (okay aku guna juga khidmat posmen ni) Ada juga yang lukis dan tulis atas kertas lepastu pergi kooperasi fotostet banyak banyak. Jadi kad raya dia semua sebijik sejiban.


Tak apalah kan, ikut kreativiti dan tahap kerajinan masing masing. Maka saingan untuk berlumba siapa lagi banyak kad raya pun timbul. Lagi banyak rasa lagi famous dan disayangi. Perkara ni aku tak tahulah berlaku dekat sekolah aku atau semua sekolah berasrama penuh mahupun sekolah harian. Tapi aku rasa sekolah harian guna teknologi terkini, guna mesej? lagi murah. satu sen. tak penat. Tak pun tangkap gambar lawa lawa, selit selitkan ucapan kat penjuru gambar, ok tag dekat geng dia. Fuyoh tapi bagi aku tak feel lah doh! Tak ada kenangan nak disimpan. Ada ke yang print ucapan/ kad raya comel-cute-aww-aww tu? mungkin ada. Biarlah penat sikit buat kad raya, gunting sana sini tapi berbaloi kott.



Oklah malam ni baru aku gerak balik kampung. Moga moga tak jam. Yayy main mercun dengan bunga api. Hoho unlimited ages okay. Dengan ini beta mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

HAPPY EID
SALAM SYAWAL (':
Maaf Zahir dan Batin


Sekian, Jazakallah.










Saturday, July 21, 2012

Tips Melawan Nafsu

Salam Ramadhan Al-Mubarak!

Baru setengah mata nak terpejam, tak pejam lagi, celik pun idok tapi dah sampai bulan ramadhan.

Syaitan di gari tapi kenapa.. kenapa.. rasa diri menyetan?

Kenapa rasa macam nak makan senyap ?
Kenapa rasa nak mencuri?
Kenapa rasa mengidam nak merokok? 
Kenapa malas nak belajar? 
Kenapa malas nak solat terawih? 
Kenapa malas nak tolong mak masak?

Tapi rajin pergi bazaar ramadhan. Rajin sebab nak ambil bau. Rajin nak beli semua depan mata. Rajin nak pau duit mak. Rajin nak minta budak kecil punya lollipop (eh) Rajin nak masak tengahhari untuk adik, nak merasa katanya.

Syaitan hilang, pontianak pocong hantu raya toyol dah takde. Tapi kenapa rasa diri lebih bernafsu berbanding sebelum puasa? Jadi mari buat benda ini:



1.
Solat.

Solat dapat mencegah kemungkaran. Dari enam tahun mak cakap tapi buat buat tak dengar. ini bukan sebarang cakap. Sekiranya bernafsu dan rasa nak buat perkara yang rasa rasa macam berdosa cuba istighfar, ambil wuduk dan solat. Solat dengan khusyuk mungkin lebih membantu daripada solat yang teringat ingat makanan dalam peti sejuk :)

2.
Bersenam


Berpuasa tidak mengehad kan aktiviti seharian. Malah siapa siapa berniat nak kurus bulan puasa ni, exercise sikit baru lah scale penimbang turun mendadak! Tak percaya? Encik polar bear pun buat senaman. Paling paling tak, turun naik tangga atau lari dari pintu depan rumah ke dapur. Lepastu boleh tidur.



3.
Tidur
"Mak, esok jangan kejut abang zul selagi mak belum habis masak untuk berbuka ya"

Salah ke tidur? Siapa kata? Tidur dapat pahala ya untuk pengetahuan. Malangnya si Abang Zul ni tidur sampai ke maghrib, boleh terbatal puasanya. Kalau agak agak diri terlebih nafsu, tidur.



4.
Ingat mati.
Susah nak melawan nafsu? Ingatlah mati, sesungguhnya manusia takkan dapat lari daripada kehidupan akhirat. Cuma tak tahu bila, bagaimana dan dimana. Sempena bulan puasa, ambillah kesempatan yang sedetik ini untuk muhasabah diri balik, tengok apa yang salah dan cuba perbaiki. Orang yang mati dalam berjihad dikira mati syahid. 

Lepas ingat mati pun masih rasa bernafsu? Mungkin boleh pergi mati :)x


p/s: RAYA LAGI 29 HARI!