Monday, March 12, 2012

Antara celik mahupun separa sedar.

Assalamualikum,

HUARGH.  Ya, selepas aku rasa macam nak sakit jantung, sakit hati, kentut tak lawas dan sebagainya barulah ada pengisytiharan pulang bermalam selama seminggu. Seperti biasa, pada akhir minggu sekolah, sanubari memang tak melekat dekat muka cikgu. Mengharapkan cikgu faham bahawa aku memang dah malas nak belajar.

http://matcuoi.com

Selama aku bermastautin ni SABDA hampir empat tahun. Aku pun tak faham adakah ini memang fitrah kelakuan pelajar sekolah berasrama atau tidak. Paling senang ambil contoh di tempat aku menimba ilmu. Boleh dibicarakan setiap hari benda seperti ini menjadi halwa mata, sampai mata aku sakit dan perlu pakai kaca mata. Tak taulah adakah aku yang terlalu memerhati ataupun ramai je yang nampak

1. Imbasan imej pada benda yang boleh mengimbas (reflect)


Kebanyakkan nya ya tidak kisah yang besar mahupun kecil, senior ataupun junior akan menoleh noleh dan tertoleh beberapa kali tatkala lalu pada tempat yang ternampak imbasan dirinya. tak faham? Ok ok contohnya bila lalu dekat board/papan kenyataan yang bercermin. Ataupun dekat cermin tingkap bilik guru, kat mana-manalah yang boleh dijadikan sebagai cermin. Sewaktu berjalan,

perempuan akan menoleh dan membetulkan tudung. Tiup tiup sikit. Touch-up mana yang tak betul, berlatih senyuman paling manis.

lelaki akan membetulkan rambut, kening terangkat, practice mulut paling macho.

Ok agak agak dah cun molek meletup barulah meneruskan perjalanan. Disebabkan aku kelas Battani, depan papan kenyataan mesti akan ramai orang. Kenapa ya? ehem mungkin anda baca notis yang tertampal tapi sambil menyelam minum air, sambil membaca betulkan mana tak patut

http://matcuoi.com
toleh lagi toleh toleh 

kadang kadang orang yang sedang berlari pun sempat tengok gaya ayunan tangan. Nak gelak pun tak sampai hati :D

2. Ikat dan ikat buka dan lipat 


Ini bukan discriminant (pembezalayan) tapi ehem ini yang aku nampak. Lelaki suka ikat tali leher sambil berjalan. Mengapakah? terutama lepas zuhur, nak start P&P petang.

Lagi satu yang aku ter-perasan terutama hari sabtu ahad, lelaki berkain pelekat ke dewan makan, ke blok akademik membetulkannya sambil berjalan.

Tak kurang juga yang membetulkan tali pinggang dan tali leher serentak sewaktu berjalan. woooish hebat hebat ya anda.

http://matcuoi.com
Aku pun naik segan 

3. Trend berjalan seret kasut secara segerombolan

Bagi lelaki, mula-mula tingkatan satu boleh lah juga aku nak tabik, jalan laju fuuuuuuuuuuuuuuuuu. 
Naik tingkatan dua lambat sikit. Mula dah jalan 2-3 orang.
 Naik tingkatan tiga berjalan paling minimum 3-4 orang seret kasut.
 Naik tingkatan empat, berjalan bawa rombongan seret kasut, membetulkan baju dan rambut
Naik tingkatan 5, berjalan segerombolan pandang langit, kiri kanan toleh sana sini, menikmati tiupan angin kencang

Kadang kadang nak potong pun malas, kena lalu bahagian rumput. Macamlah gajah meyusur tu besar sangat. Amacamtu jalan lah aku dibelakang  mereka. Kalau kena jerkah baru bertambah 0.2 km/j.

http://matcuoi.com

Agak agak pengawas yang nak berlatih vokal di pagi hari waktu perhimpunan bolehlah cuba sekali dua. Lepas ni bukan setakat suara menjadi besar, kemungkinan juga hilang tak kembali. 



4. Bersilat tak kena tempat

Baiklah fokus ke perempuan pula. Kadang kadang Selalunya waktu lepas ambil wuduk rasa macam baru lepas mandi. fuuuu lencun habis. Kenapa? Sebab ramai ambil wuduk macam nak bersilat. Rasa nak balas campak air pun ada juga lepas tengok muka tak bersalah.Tolonglah prihatin sikit. Buka air punyalah besar macam tak cukup. Nanti satu kerja pulak aku nak keringkan baju.

http://matcuoi.com
kipas kipas baju Fuuuuuuu

No wonderlah semua gelisah bila pengumuman air takde haritu, takut tak cukup air even satu baldi untuk ambil wuduk. Wah wah wah nasib baik bukan aku yang bayar bil air. Pheww. Takpe lepas ni aku tubuhkan satu organisasi silat yang digelola oleh ustad mad, dia memang pandai bab bab macamni ya, harap maklum.

Ehem, kadang kadang aku pun terlepas pandang bab bab ni. Aku harap perkara macam ni dapat dikurangkan agar hidup tenteram bersama.

5.  Tolak tanpa belas kasihan

Disebabkan sekolah aku buat peraturan makan berkurangajar beradab setiap kali Rabu dan makan pun ikut dorm, ya semestinya dorm aku tersorok di ceruk. Dahlah ceruk, dekat dekat sinki. Dahlah dekat dekat sinki, sempit pulak tu. Dahlah sempit sempit, tempat orang lalu lalang. Ulang suara LALU LALANG ya. LALU LALANG.

Walau makanannya sesedap ayam kurma dan papedom mahupun nasi ayam kaw kaw tapi bila setiap kali orang lalu dan tolak lalu dan ehem terlanggar sebab sempit. Bukan seorang dua. Bukan sehala. DUA kali hala. pergi dan patah balik. Bila tengah makan rasanya beberapa kali aku tercekik. Ptuih, hal hal macam ni minta perhatian sekolah besarkan dewan makan, bukan setakat buang duit makbapak untuk bayar cermin pecah dan ganti palang katil dan baiki loji.

Oleh kerana itu ia boleh menjadikan salah satu perancangan diet, tak perlu makan malam daripada biarkan diri mati tercekik. Alhamdulillah aku masih hidup dan sedang menaip entry ini.

http://matcuoi.com
Aku rasa nak buat mogok dan demonstrasi besar besar. SIAPA SOKONG! 




p/s: esok diisytiharkan satu Selangor tiada air T.T


Saturday, February 4, 2012

Watlek, Watcool. Baru seminggu!

Assalamualaikum,

Entah mengapa adakah ini kebatilan atau kebenaran, laman sesawang ini semakin keperempuanan. Keperempuanan? Apa itu? Tak faham? Serius tak tahu? Gila menipunya. Baiklah moh sini aku cakap.

1) Template yang polka dot. Polka dot bintik bintik versi chickenpox.
2) Header gambar burung yang aku main tekan tekan pada suatu pagi yang hening, naluri keperempuanan terlebih masa tu sampai sekarang aku malas nak tukar.
3) Lagu yang berkarat. Sampai aku naik muak pulak mendengarnya.
4) Aku masih mengekalkan kesucian tanpa meletak unsur pink-merah jambu. Aku harap aku normal.

Ok benda yang di terangkan di atas boleh dielak tanpa rasa malas yang menjalar dalam jiwa. Apakan daya, sekolah sayang aku sangat sampai tak kasi balik. Balik pun bersama kertas-pen-buku ibarat gunung hingga tiada masa untuk buat benda yang tidak berfaedah. Ehem ehem.

******

Aku tahu benda yang dinyatakan tiada kena mengena dengan tujuan aku yang sepatutnya. Memandangkan aku duduk di Malaysia yang memang banyak cuti (Abagos) sekarang aku sedang goyang kaki di bawah sinaran lampu minyak tanah. Hati tengah bersuka ria memikirkan kerja rumah yang ditugaskan sekarang telah menjadi bukit. Bukan gunung. Ini boleh dikira bersyukur tahap giga.

   
ini gunung dan bukit. Dapat bezakan tahap ketinggian? Abagos sbb aku tak boleh.

Hello February. Rasa macam baru je lepas ambil result PMR. Fuh aku dah tingkatan empat rupanya. Bercakap mengenai tingkatan empat, sekolah aku dah menerima 61 pelajar intake baru pada 31/1/12.  Ok apahal ayat skema pulak keluar. Ok ok ada budak baru masuk batch aku. Biasalah mula mula, teruja lah masing masing. Aku tak kisah pun diaorang masuk, ramai kott aku rasa boleh bukak batch baru macam ni. Sepatutnya 93 orang. Maybe ada yang tolak sebab ........... ok dan tak kurang juga yang akan masuk second/third/fourth intake. sekolah aku sampai jadi macam sardin baru nak stop ambil budak baru.

hikhik Sardin Marina :) 

Ok informasi yang aku dapat tahu ada sekolah yang ambil budak baru sampai 101 orang. sikit je tu. SIKIT JE. Tak ramai pun. Memang tak ramai sampai musolla pun dah penuh, takde ruang lah kau nak lepak lepak. Satu kelas mencecah 35 orang, Total satu batch sampai 200++ FUYOO ok kesian sangat tu.

Naik bingung juga macam ni. kantin pergh tak perlu dirungkai lah. Ramai kalah macam dalam ktm. Minggu ni kira bersyukurlah tak rehat sama sebab sibuk dengan orientasi segala bagai. Minggu depan aku rasa boleh mula menabung dan berpuasa. Aku lagi rela menghabiskan masa menyiapkan homework supaya prep malam goyang kaki atau mengambil peluang keemasan tidur berkualiti supaya tak mengantuk dalam lab fizik T.T

Aku bersyukur kerana menjadi ahli kelas battani sebab dekat nak berjalan ke dewan makan nanti. Tak perlu nak berlari berkejar lawan dengan budak form 2 macam tahun lepas. Almaklumlah kelas tingkatan 3 kat ceruk dunia. Kau buat apa pung orang tak kisah. Forever alone. Kau lambat 5 minit ambil makanan dekat dm memang kena bersedia rohani nak pi beratur macam main anak ayam masa kecik kecik. Sekarang kelas bawah jadi sasaran pertama para warden kalau ada rondaan. Pergh kena siap sedia jiwa raga. Warden suka menyamar sampai dia duduk sebelah kau pun tak perasan.

Aku rasa dalam surau sekarang makin menjadi jadi kesempitan dia. Lagilagi waktu zuhur aku rasa macam tengah solat jenazah. Nak melangkah pun aku takut terpijak kaki dan tangan. Belum dikira beg orang kaya kaya ni. Lepas ni aku nak buat peraturan baru lah, masuk surau kena duduk bersila cantik cantik dalam sof. Beg beg semua letak luar kasi macam pameran sikit. Kasut mesti susun ya kawan kawan nanti ustad mad marah. Ulalala

okay ini luahan hati si fulan si fulan



Eh, sebenarnya aku nak beritahu pasal budak baru batch aku. Bapak berjela nya sampai sini dah melalut sampai aku dah hilang kewarasan kekeringan idea, semua hilang seperti terbangnya burung ketitir. Adalah juga iras iras sekembar post ini, tapi ini lebih umum. Tekan SINI.


Pertama, sewaktu beratur di dataran aku tahu budak baru banyak keliru.

 Apahal banyak sangat kelas?
 Semalam aku nampak muka dia kat sini. Kenapa kat sini?
 Eh ada budak lama beratur dkt kelas aku? 

Buat pengetahuan anda anda anda, itu hal biasa. Tahun lepas, tingkatan tiga berubah ubah bilangan kelas. Ada sampai 7, 9 kelas. Itu tahun lepas. Aku rasa er rasanya tahun ni dah tak. Dah lama juga aku pencen daripada kira bilangan kelas setiap hari waktu beratur. Takde kerja, biasalah. Setakat datang menyanyi, baca doa dan dengar pengumuman sayup sayup pun bosan juga.

Dan tak perlulah mengharapkan nak tengok muka kami kami setempat, sebaris. Harini kau tengok dia sebelah kau. Esok kau tengok dia sekelas dengan kau. Tak payah nak terkejut sangatlah. Teruja juga aku tengok barisan kelas korang straaaaaaaaaaaaaaight je. Haha, tahniah lah. Bagus, bawak sikit contoh dan budaya yang baik kat kami kami kami.

Aku bukanlah jenis yang mengusha budak baru yang lawa dan kacak. Ehem, tidak tidak. Siapa yang aku kenal dulu dekat facebook aku tegur lah. Myehehehe budak Amethyst semua baik baik, i like lah you ooollss. Kadang kadang tersaasul juga panggil korang kak. Eh baru teringat rupa rupanya kita SEBAYA. SETINGKATAN. Maaf lah. Bukan senang nak masukkan muka korang dalam memori ingatan Zealot Boes. Yalah dah 4 tahun tengok muka sama alih alih ada tambahan. Tambahan, aku masih tak dapat bezakan korang dengan budak form 1. SERIUS. Ada juga kawan aku pergi tegur budak f1, ingtkan f4. Ok itu malu. Watlek watcool. Next month aku dah boleh hafal nama sorang sorang siap bapak sekali. Hoho

Ini singkatan kita ya, ZB.

Aku tahu. Bukan senang nak bergaul mesra bertepuk tampar bergelak ketawa. Setakat senyum nampak gigi bila berselisih itu bolehlah. Kau tengok jelah kelas korang jauh mana, atas dan bawah. Dormnya pung jauh juga ya. Setakat nak bermesra sekali dua tanya nama, asal, rumah, sports semua tu bolehlah. Bila nak mulakan conversation kedua rasa janggal juga. Nak mula macammana, semua dah ditanya dulu. Tiada topik hangat untuk dibicarakan. Takkanlah nak bagitahu peraturan sekolah, jadual harian segala bagai. Mau tak sakit telinga korang dari mula masuk ada briefing sampai lah masuk kelas, dorm semua ckp benda sama. Aku tahu aku dah pernah rasa ehem.

Ini punca stress. 


Dan, Bukan mudah nak jadi rapat dengan budak baru ni. Batch aku sendiri, masuk tahun ke tiga barulah nampak sehati sejiwa se-unite, se-kepala sikitt lah. Aku tahu, bila aku cakap nama batch KITA, Zealot-BOES. pergh semua tercengang sampai aku jadi malu nak ulang banyak kali. hikhik, tak payah nak pelik sangatlah. Bukan semua yang tahu nama batch diorang sekarang ni sebab sekolah harian dulu tak dititik berat hal hal batch. Mula mula masuk SABDA aku pelik juga, buat apalah nak ada nama batch bagai, semangat betul. Rileks, baru seminggu. Jakgi kau tahulah.

Aku tahu benda ni berjela. Jari aku naik kebas juga dok pi taip panjang panjang. Well, Adioss. Esok aku kena bangun awal. Apa ingat kerja mudah? Nasib baik aku dah puas qadha' tidur. Eh dah macam dear diary pulak aku rasa.








p/s: Selamat menyambut maulidur Rasul dan Thaipusam. Hidup One Malaysia :)