Wednesday, January 25, 2012

Tahulah dah lambat. Jadi?

25/1/2012-
Baru tersedar nak wish. ehem, bukan bukan BUKAN BUKAN terlupa. Saja jadi orang terakhir yang wish. Akak patut bersyukur tahu, pergh siap ada post eksklusif lagi pulak tu. Baiklah, demi hari mulia, bulan mulia, nak mengucapkan

SELAMAT HARI LAHIR yang lepas. 
(happy belated birthday?)

Eh, baguslah. Belajar rajin rajin kat sana, datang Malaysia bawaklah strawberry murah. Teringin jugak nak makan strawberry besobeso.

Ehem, dan bawah ni, TERJUMPA ya, bukan sengaja. tanpa niat dan hala tuju.



p/s: jangan risau, semua dah settle. Restu restu :)

Tuesday, January 24, 2012

Wordless Wednesday #2



Kalaulah boleh macam ni kan BAGOS.




Haritu aku tengok cerita ni.


p/s: cuba cari kaitan antara dua gambar rajah. 

Monday, January 23, 2012

Rehatkan otak selama 9 hari.

Assalamualaikum,

Ehem ehem fuh aku dah agak tak sampai sebulan mesti ada cuti lagi. Barulah semangat Satu Malaysia. Satu kaum punya perayaan semua cuti walaupun sekolah aku ada berapa kerat jelah kan. Semoga form 4 yang bakal masuk ke sekolah aku semua Melayu taklah banyak saingan sangat.

Tipulah kalau aku kata aku tak rasa apa apa bila kena belajar subjek dalam Bahasa Melayu. Tipu, itu sangat dusta. Aku rasa er aku rasa bersyukur dan tertekan. Bersyukur? Ye lah doo bagi aku senang nak hafal esp BIOLOGI. kenapa? Sebab aku rasa semua terms dia kelakar-lawak-humorous belaka.

"Vesikel kemudiannya meninggalkan jasad golgi"
"Memproses, membungkus dan mengangkut ..... "

ok dah dah rasa tercemar blog ni. Aku rasa cikgu lagilah pening nak mengajar. Kesian juga ya, lagi lagi buku rujukan tak sempat nak beli. Fuh, tapi aku kesian juga kepada diriku. Dah belajar dalam BI dari tadika tup-tup kena translate. Tak ke boleh jadi bingung macam tu --'  Acewah padahal english tak score score jugak. Aiseyman.

Ingatkan dalam masa 3 minggu naik sekolah taklah sempat habis satu chapter. Rupa rupanya ni tibai sampai habis dua chapter. Fuh tak peliklah kalau kerja rumah aku berlonggok longgok kalah longgokan kasut Year End Sale dekat Jusco.


YES!

Ok juga jadi bahan ekperimen ni, kalau gred spm 2013 meningkat, boleh lah diteruskan zaman berzaman ya dalam bahasa melayu ni. Tapi kalau tak, alamatnya di berhentikan setakat ni jelah. Tapi oh nonono tak perlu nak mengada ngada. Budak batch 97 dan ke atas kena jugak merasa terseksa macammana nak faham terms dan istilah esp. fizik. Humakaihh  bila tengok jadual fizik ada dua masa terus pengsan. Bangun, tengok balik pengsan dan bangun dan pengsan. Sebab tu lah aku cuba elak drpd memandang jadual setiap hari khamis.

Every subject yang perlukan nota, cikgu akan kata:

"Baiklah cikgu beri kelonggaran kamu buat nota ikut sukahati dan kekreatifan sendiri"

Wah, ini sudah bagus. Makin short lah shortnote aku. Bukan apa, time time dekat periksa bukannya aku selak balik pun nota aku. Alih alih buku teks and rujukan juga aku baca. Sebab er rasa macam nota yang dibuat tak boleh dipercayai dan diragui. Hewhew

Oh dan ada juga yang demand, berkata "Cikgu, nak buat shortform boleh tak?"

Cikgu pun ternganga tergamam 5 saat. Mungkin dalam hati dia beranggapan ; malas sangat ke nak buat nota? cis, ini sudah naik lemak!

Segera, cikguku mencapai pen marker dan tulis di papan putih, Baiklah tapi cikgu taknak yang er er er macam ni:

CntohNYEW
Percamaanz Bergandew 
Percaemaan Kuadratikzz

Haha ok siapa tak gelak memang zombie lah kau, Yelah cikgu, takkan nak buat nota versi rempit pulak --' Kami budak baik dan menurut kata, apa barang rempit rempit ni, menjatuhkan bahasa melayu je.

Dan cikgu sejarah aku juga akan panggil orang bertuah dimana nota yang paling tercantik ke hadapan untuk di jadikan pedoman sepanjng zaman. Pfftt mestilah aku yang ke depan hari hari, apalah cikgu ni buat malu I je. Lepas ni sivik jugak kena buat nota warna warni bunga bungaan. Biasalah, sehati sejiwa.

As a matter of fact, study dalam bahasa melayu enjoying juga. Tak payah nak fikir negatif sangatlah. Zaman mak aku study dalam BM, boleh je jadi surirumah berjaya *keningkening*


p/s: kalau kerajaan nak tukar balik dalam BI aku rasa boleh jadi gila. 
       eh, Selamat Tahun Baru cina ya semua :)

Sunday, January 1, 2012

Post terakhir- Aku rasa semua dah boleh agak.


1

2

3

4

5


Ah, memulakan hidup sebagai tingkatan 4 pasti mencabar T___T Apa ingat lepas PMR boleh honeymoon ke? Lagi banyak kerja nak kena handle. Lagi banyak kena study. Masing masing dah berazam nak belajr betul betul. Bagus lah ada kawan macam diaorang aku pun terjangkit sama semangat --'

And yeah 2011 is full of memories. Aku tahu. Bukannnya aku sorang. SEMUA. Setiap tahun ada memory masingmasing tapi tahun er ya tahun lepas aku rasa mematangkan aku. Ulala cakap macam orang besar dah sekarang. 

ini macam orang besar.

comel juga ya.

Minggu pertama, sekolah 3 hari je. Oh yeah. Sehari tu dah confirm confirm lah burn kena ambil buku teks. Prep malam pertama pastinya bising. Cikgu semua mesti ada yang turun padang nak tengok muka budak budak yang teruja bertukar cerita. Dari tingkat atas sampailah tingkat bawah. Dalam surau mesti senyap. Biasalah budak budak sekolah aku semua pelik unik

Baiklah, hakikat memang menyakitkan. TER-paksa terima jugalah ya aku kena terima hakikat akan belajar Add maths lepasni. fuh fuh Ya, esok kena pulang ke pinggir desa.  
Ucapkan selamat tinggal kepada semua gajet. nak update pun tak boleh T________T Ah sudahlah post ni buat aku rasa nak menangis haha ok dah dah


p/s: Cuti raya cina lagi 3 minggu, satu bab subjek pun tak sempat habis. uyeah!