Salam Ramadhan Al-Mubarak!
Baru setengah mata nak terpejam, tak pejam lagi, celik pun idok tapi dah sampai bulan ramadhan.
Syaitan di gari tapi kenapa.. kenapa.. rasa diri menyetan?
Kenapa rasa macam nak makan senyap ?
Kenapa rasa nak mencuri?
Kenapa rasa mengidam nak merokok?
Kenapa malas nak belajar?
Kenapa malas nak solat terawih?
Kenapa malas nak tolong mak masak?
Tapi rajin pergi bazaar ramadhan. Rajin sebab nak ambil bau. Rajin nak beli semua depan mata. Rajin nak pau duit mak. Rajin nak minta budak kecil punya lollipop (eh) Rajin nak masak tengahhari untuk adik, nak merasa katanya.
Syaitan hilang, pontianak pocong hantu raya toyol dah takde. Tapi kenapa rasa diri lebih bernafsu berbanding sebelum puasa? Jadi mari buat benda ini:
1.
Solat. |
Solat dapat mencegah kemungkaran. Dari enam tahun mak cakap tapi buat buat tak dengar. ini bukan sebarang cakap. Sekiranya bernafsu dan rasa nak buat perkara yang rasa rasa macam berdosa cuba istighfar, ambil wuduk dan solat. Solat dengan khusyuk mungkin lebih membantu daripada solat yang teringat ingat makanan dalam peti sejuk :)
2.
Bersenam |
Berpuasa tidak mengehad kan aktiviti seharian. Malah siapa siapa berniat nak kurus bulan puasa ni, exercise sikit baru lah scale penimbang turun mendadak! Tak percaya? Encik polar bear pun buat senaman. Paling paling tak, turun naik tangga atau lari dari pintu depan rumah ke dapur. Lepastu boleh tidur.
3.
Tidur |
"Mak, esok jangan kejut abang zul selagi mak belum habis masak untuk berbuka ya"
Salah ke tidur? Siapa kata? Tidur dapat pahala ya untuk pengetahuan. Malangnya si Abang Zul ni tidur sampai ke maghrib, boleh terbatal puasanya. Kalau agak agak diri terlebih nafsu, tidur.
Ingat mati. |
Lepas ingat mati pun masih rasa bernafsu? Mungkin boleh pergi mati :)x
p/s: RAYA LAGI 29 HARI!
p/s: RAYA LAGI 29 HARI!