Wednesday, November 30, 2011

Kau patut sujud syukur sekarang

Rajah 1
Monster ni datang ketukketuk rumah aku sambil tanya 'HARINI 30 NOVEMBER" Ye, aku angguk sambil tutup pintu. "AAA!," dia mengaum, ruparupa telinga dia tersepit. Ah, persetan segala drama. Beberapa minit lepas tu dia bertukar wajah, boleh bertukar suara, ini bukan cerita hantu, pontianak.. ohh, baru aku kenal siapa dia. 



 Semua nampak apa dia buat? Ye, bagus. Dia tengah cuba untuk makan kek yang aku buat. Ulang suara ya, AKU BUAT. Aww, rasa terharu tibatiba. Umur masih muda dah pandai masak kek. Well, biasalah siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri. Ye, mari bangga diri ramai ramai. Ehem, tak aku tak berniat menghasut. 

Mari aku perkenalkan, dia nilah monster yang selalu kacau ketenteraman awam. Jiran jiran aku selalu bising. Nasib baik aku tak mengadu dekat MBSA. yeah aku sekarang dah kamceng dengan tuan MBSA sebab kena buat folio sejarah haritu, walaweh. Kau tak tahu betapa kecut perut aku kena temuramah dia. Siap ada misai dan senapang sekali.. "Abang, eh pakcik saya datang nak buat temuramah sikit: oh bagus anak muda hormat orang tua, biaasalah pakcik eh abang ni nampak je garang tapi hati mulia*kan aku dah kata siapa lagi nak puji kalau bukan kita sendiri

**********************

Maaf, lupa nak bagitahu nama monster ni. Aku tahu nama dia tak sedap. Tak payah cakap apaapa. 

MOHAMAD HAZIQ Bin ROSLAN

Aku tak tahu apa salah aku kat kau. Ye, kau memang dengki dgn aku dari dulu. Waktu aku darjah 6, kau darjah 2 kau suka selongkar barang dalam bilik aku. Ada suatu hari aku beli teddy bear baru yang putih, gebu, menawan, cantik.. Walaupun kau lelaki tapi aku tahu dalam hati kau rasa jeles sbb ayah belikan utk aku. Kankankan! Mengakujelah. Sampai hati kau CABUT SEBELAH MATA teddy  bear aku sampai dia buta. Aku menangis diam diam taknak kasi mama tahu sbb nanti dia taknak belikan utk aku lagi. Ni semua salah kau. 

Waktu tu aku gembira sebab dapat duit belanja lebih drpd mama, aku sanggup ikat perut sbb aku syang nak guna. Almaklumlah duit lima ringgit baru waktu tu femes lagi 


Aku letak dalam tabung love siap dimangga lagi (eh kat mana hah tabung tu) Aku taktahu kau mandrem apa sampai kau boleh  jumpa kunci tu. Kau bukak lepas tu kau sorkkan bawah bajubaju berlpat. Cis, dahlah kau buat pada hari, tarikh dan masa yang sama dengan teddy bear tu. Kau masuk bilik aku buat jenayah lepastu kau conteng guna marker PERMANENT hitam dekat almari aku tulis "AUF** BUAT" Cis. Aku taklah bodoh mana. Takkan lah org bersalah nak mengaku dia buat jenayah kot. Orang gila pon tak mengaku gila weh. Yelah sebab dia dah gila. Eh, apaapa lah

Waktu tu aku baru balik Sekolah rendah. Masuk bilik aku tengok duit syiling berterabur dgn diari aku yang aku dah kunci ada eh eh lawa cantik terbongkang dekat atas lantai. CIS lagi sekali. Aku tahu ni semua angkara kau! Siapa lagi nak buat? Ayah? Mama? Akak? MUSTAHIL. Aku rasa kau geram sbb tak jumpa kunci lepastu kau baling. Fuhh, nasib baik aku bawak kunci pergi sekolah. Kau apa tau. Tapi apa kenemengena dgn duit syiling? Kau suka bermain dgn duit kan. Dah takde benda lain ke



Haritu aku hangout dengan kawan lama pergi Subang Parade. Best weh, pergi hari minggu tak ramai orang, Ada MBO, Malaysia punyaa*cehceh promote Apaapapun, aku saja je nak jealous kan kau, aku kata aku tgk cerita The Adventure of tintin. Aku tahu kau tak jeles. Waktu nak book ticket tengoktengok dah terlepas. kalau tunggu lama lagi, so aku cdg tgk cerita Puss in Boots 3D. Alhamdulillah, Tuhan Sayangkan aku. (Tehehe, firsttime aku tgk 3D) Balik balik mama tanya tgk cerita ape? aku dgnmuka bangga sambil tersenyum gembira kata tengok PUSS IN BOOTS 3D ma, Best. rasa macam betulbetul depan mata rasa nak pegangpegang je. YES. aku nampak muka kau cemberut. Haha

Semalam punya Semalm (kelmarin) mama cerita kau ada buat kes. Ehemehem, interestingggg(aku kata dlm hati) Mama cerita kau masukkan air nescafe dalam tempat Iron Steam 

Abaikan model dia.
Sebijik pulak. Haa, yang nilah. Aku tak tahu kau belajr darimana. Aku rasa backyard science pon tak ajar kau buat benda macam ni. Nasib baik tak rosak. Phew, Mama ckp jgn tanya kau sbb nanti kau tak mengaku.*biasalahkau kalau aku tanya dan tekantekan sikit nanti kau kata MANAADALAH! kita tak buat pun. Masuk bilik hempas pintu. ishishish, adik derhaka betul. 

Aku rasa kena letak benda ni dekat  bilik kau.

Tadi aku tanya, harini besday haziq nak pergi WetWorld tak? Aku tahu kau suka tempatempat berair ni. lpstu kau kata "taknaklah. nanti org ***** mandi tinggal semua bulubulu dia. okay (ew-ew-ew-ew-ew!) Haha, aku gelak je dgr kau ckp mcmtu. Ye, kalau aku cerita apa lagi yang kau buat mesti aku tak tidur malam ni. Kau tau tak sekarang dah pukul 2 pagi aku buat post pasal kau? Haihh, nilah kakak mithali tau tak.

Kau nak komenkomen pulak aku buat kek tak sedap. Ayah makan kek kata sedap je (taktaulah nak ambik hati aku) tak, ayah jujur aku tahu :O Aahh, aku peduli apa. Aku buat sebab aku nak makan. Ni kebetulan je hari aku nk buat jatuh pada harijadi kau. Hemph, Dah setahun aku mengidam  kempunan nak makan. Kau ape tau, aku duduk asrama takde kek pon :(( Birthday aku disambut dengan sederhana sebab prank tak jadi. Haha, 

Harini hari kau. Pergi Alamanda tengok Puss in boots aku tengok jgk sbb tak tahu nk tgk cerita apa lagi. Sampai tertidotido aku tengok. Aku pandang kanan tgk mama dgn ayah pon tersengguksengguk. aku usha kau gelak terbahak bahak padahal bukan lawak pon. Sabar Farina, dia budak lagi. Fuhh, nasib baik aku ikut sekali. Tak pasalpasal aku yang over beli barang, kau ikut je aku pergi mana. HAHA! Padan muka*evillaugh 

Apaapa pon kita semak sebapa jadi tak boleh buat apalah. Kau tetap adik aku. kau patut bersyukur ada kakak baik cantik comel anggun sopan baik macam aku ni hah. (hihi) 



Kau nampak tak? Bagus, aku BENCI gila kau tapi ehem, aku saynag kau jugak. Kalau kau takde siapa nak buat bising kat rumah ni. Ye, aku betulbetul suruh kau sujud syukur sekarang

p/s: kau manatahu aku ada blog. HAHA,


Tuesday, November 29, 2011

Aku ada kau ada?

Lepas aku baca blog dia ni aku pun terasa nak cakap juga, Al maklumlah tak pernah lagi selama aku bernafaas 15 tahun ni nak buat freelance dkt blog orang. Semuanya berlaku tanpa sedar.



 Tehehe, aku rasa teruja pulak nak buat post dekat sini. Selalulah ya kunjungkunjung *cehceh nak promote. HA HA usah risau usah gusar, aku takkan menganaktirikan blog SUPERB.

Aku tahu Tuan Besar dan Ahmad Kassim serta pengerusi kucarkacir penuh bersemangat dan bertekad nak buat Makeover web tersebut. Tapi aku rasa aku tak membantu langsung (maaf)


Sekian sahaja buat masa ini, 
I LOVE MALAYSIA! *apekenamengena?

Monday, November 28, 2011

#1を経験する

Siapa faham title aku ni?  HA HA mesti krg tak faham, sebab aku pun tak faham. Kalau nak tahu rajinrajinlh pergi translate guna Google. Buat pengetahunan semua, ni tulisan dalam bahasa JEPUN ya. Walaupun aku ambik bahasa penjajah ni sebagai tambahan dkt sekolah, aku taklah terer mana. Setakat tahu nama buah-buahan ataupun kenal huruf tu bolehlah sikit sikit.

Ni faveret aku, イチゴ. Ni namanya Strawberry. Ichigo. Aku ingat dan takkan lupa (Insyaallah) sebab, er, sebab masuk periksa. Ape kene mengena masuk periksa smpai aku ingat?


Sedapnyeeee -.-'


 macamni lah alkisahnya, dulu aku jahat  nakal sikit. Waktu form 2 kut, tah manalah aku ingat. Time exam jepunlah ni aku main tukartukar pendapat jawapan dgn kawan aku guna pemadam. Pura-pura jatuh sambil ehem ehem and ambik buat muka mcm tak bersalah.


 Lepas bagi pendapat letak dkt hujung meja lpstu buat buat tulis eh eh tersiku lah pulak. Leps jatuh tu pandai2 lah nak ambik supaya tak dikesan. Alah, cikgu bukannya bodoh. Aku tahu cikgu persan kot tapi buat buat tak tahu. Biasalah budak nak membesar. Oleh itu sampai sekarang aku ingat benda ni. Mungkin nak ingat sesuatu benda kena tiru(opss) dulu time exam supaya takkan lupa sampai mati.


Alah, bukan aku sorang. Kelas aku ni memang Bekerjasama tahap tak ingat. Semuanya boleh sekepala. Dululah, time form 2. Sampai buat slogan Satu kelas,Satu hati, Satu jawapan, Semua untunggg. Untung sebab apa? Sebb cikgu dah janji nak kasi tgk movie kalau takde fail. Weee~ 




Selepas beberapa minggu lepas tu cikgu tanya ada sesiapa tak yang meniru sebb kelas aku je takde fail. Walaweh, waktu tu aku rasa sangat sangat BERSALAH (aku kan baik) Tau takut. cehh, waktu buat tak tau salah #nilahmanusia. Nasib baik tak buat test lagi sekali. pheww,


muka bersalah lah ni 

Tulah antara kisah form 2, banyak lagi yang ktorg satu kelas buat -.- banyak dajal orang, bukan senang nak dapat pengalaman macm ni. Jgn slh faham, aku dah insaf buat bendabenda mcm ni. Tapi aku tak tahulah kalau ada orang yang tiru dalam PMR. Insyaallah takde, budak batch aku semuanya baikbaik. Batch kesayangan lah katakannnn.


Zealot Boes (;
nilah batch kesayangan SEMUA. Ada banyak lagi cara meniru sebenarnya.  Haha, ingat! Ikut hati mati. So kita guna akal untuk berfikir


 
p/s: Kalau nak guna cara aku jgn guna pemadam hitam time exam (tak menghasut okay)

Saturday, November 26, 2011

Sebab aku rasa bersalah

Assalamualaikum ya habibi ya maulana (cabut gigi guna spanar) Dulu aku kecikkecik kakak aku selalu cakap macamtu sampaai aku takut nak pergi klinik gigi #biasalahbudakbudak

Aku sanggup bersengkang mata nak buat post ni sebab aku rasa serba salah. Kenapa? Sebab beta terlupa my bestfriend Birthday. Bapak diaaa. Patutlah dia Likelike status aku. Rupanya nak bagi hint suruh aku wish  HAHA Aku baru fikir nak off lappy ni lepas beberapa jam tengok ceramah ustaz azhar (lawak wey) sampai tengkuk aku rasa lenguhlenguh. Dalam post ni aku akan puji dia banyakbanyak sebab aku memang jarang gilalah nak mati kalau puji orang ni. Lagilagi budak ni :D Btw, aku tak boleh nak merapu banyakbanyak sebab aku nak suruh dia baca SEKARANG jugak. So i have another 10 to 15 mins to finish this (lama takk, Hahah)


Kan aku dah kata :P


***************************

Siapa lagi COMEL? Mestilah aku xD

Today Birthday girl iss (bunyi drum,sexophone) Teng tereng teng teng tengggggg !

NUR DIYANA NADHIRAH binti AMINUDDIN
(aku ambik warna pink sebab aku pun suka pink)

Rupa-rupanya dah 3 tahun kita kenal tapi tahun ni baru aku rapat dengan kau xD Tu pun sebab kau duduk sebelah aku dalam kelas. Nak dikatakan hampir tak, bukan hampir, MEMANG hari-hari aku akan nampak muka budak ni sebab masa banyak dihabiskan dekat dalam kelas. So hoho, secara tidak sengaja, banyaklah benda merepekgilagila yang aku dah buat dengan dia ni.

Kalau nak listkan memang banyaklah. Apa-apapun aku rasa kau yag paling banyak tahu rahsia aku #memanglahkan Kau sedar tak kadang-kadang bila mood aku tak okay aku selalu jadikan kau mangsa melampiaskan marah aku (ye aku tahu aku jahat) Kau sedar tak aku selalu nak carik pasal dengan kau? Kau sedar tak kadang-kadang kita macam Silent fight? kan kan kan ! keee, aku je yang rasa macam tuh =.= Haiihh, 

Dalam banyak-banyak kawan, kau paling banyak bersabar dengan aku. Kau jarang marah. Tapi bila kau marah aku rasa SERBA SALAH sangat. Hehehe, malulah nak mengaku (nilah ego namanya kalau korang nak tau) Kau paling banyak share barang dengan aku. Aku selalu pura-pura tak kasi kau pinjam barg aku padahal kdg-kdg aku pinjam barg kau tak minta izin pun. Ingat tak kad raya yang kita lumba siapa paling banyak (aku menang ) Majoriti aku guna kertas warna kau utk buat kad raya utk org. #mintakhalalye 

Kau selalu dengar masalah aku tapi bila aku penat aku malas nak dgr ckp kau (pfftt, jahat gila) Kau selalu teman aku bila nak jumpa orang. Tapi aku jarnagjarang teman kau kalau utk ke toilet/bilik guru. Ada suatu hari tu yang aku sedih gila time MP3 aku kena rampas, kau sanggup tak kunci locker sbb kau igtkan aku malas nak naik dorm and suruh aku pinjam baju kau je (Aww, touch.) Terharu weh, tapi aku tak cakap #ego Ada suatu haritu aku cakap "Asyek aku je dtg dorm korg tapi krg bukan nak dtg atas tgk aku kan" Aku saja je berdrama tapi tengok2 malam tu kau naik dom aku untuk melawat aku. Terharu lagi. 

Aku rasa dah lebih 15 mins aku buat ni. Aku suruh kau tunggu. Haha, aku tahu aku jahat. Aku sedar aku selalu sakitkan hati kau. Tapi kau selalu buat tak kesah. Kau memang baik. i admit. Kau comel lah jugak (yelah, dapat aku punya kecomelan kan) Ingt tak janji kita nak turunkan bert bdn. Pfftt, tapi tak buat sagt pon. Tapi it makes a wonderful memory (; kau selalu berkorban utk aku tapi aku pernah jugak terfikir, ape je yang membuatkan kau bertahan kawan dgn aku sampai akhir tahun? aku selalu buat kau marah tapi kau act mcm biasa. 

Time kakak aku fly pergi Mesir, aku sedih sbbb time tuh kita tgh gaduh (sort of) and aku tak tau nak ckp dkt siapa. Aww, perangai budakbudak. Kau memang penolong kelas Terbaikkkkk! Kau caring gila dgn aanak buah sampai kena pijak kepala. Ye, aku tahu kau sakit hati. 

Dengan ini aku nak minta maaf, minta halal atas segala perbuatan aku selama aku kenal kau. Kita jadi bestfriend forever ehh, walaupun aku tahu benda ni takkan kekal sampai kawin sbb lps spm selalunya akan lost cntct. #AkuharapkitaTAK. 

Thanks for being my friend. Aku rasa aku byk ulang benda sama. Lantaklah yang penting aku nak kau tahu, Aku Sayang kau lah brooo :D (aku baikkan) nilah penghormatan buat kau sbb aku lupa Birthday kau. SORRY. Tak pernah lagi aku buat post SPECIFIC untuk seorg. unless one direction lah, hehe. So, enjoy reading this. 

Aku lupa nak wish, Semoga panjang umur, Dimurahkan rezeki, Dapat 8A and samasama FLY pergi Ireland. Kau jangan pindah okayy, siapa nak jaga aku kat sekolah nanti #sayu HAHA, 

p/s: Aku puji kaulah. Kau patut berterima kasih (;

Her response was :

YAYYYYYY (; dah habis dosa. btw, SALAM MAALHIIJRAH (berapa kali daaa)


Salam MAALHIJRAH

Baru je rasa macam minggu lepas baca doa akhir taun dgn awal tahun. Gosh, tanda kiamat Masa brputar laju ibarat setahun bagai sebulan, sebulan bagai seminggu, semingu bagai sehari, sehari bagai satu jam. Cepat kan? Tak payah aku terangkan. Korg pon dapat rasa sendiri kecepatan tu, right?  Cukup bersyukurlah kita dapat sambut Maal Hijrah tahun ni sebb Allah panjangkan umur kita.

Sekolah aku pada dasarnya sangat pelik. Tapi tak kisahlahkan sebab sekolah aku dah buat ceramah maalhijrah minggu lepas lagi sampai penceramah tu pun puji sekolah aku buat awal sangat. Penceramah tu kaata, Hijrah ada 3.

#1 : Hijrah Rasulullah 
Pada malam akan hijrah itu Nabi Muhammad membisikkan kepada Ali b. Abi Talib supaya memakai mantelnya yang hijau dari Hadzramaut dan berbaring di tempat tidurnya. Lepastu start lah kisah hijrah Rasulullah, yang cerita dekat Gua Thur, sampai Madinah, Bina Masjid Quba' and all that. Aku tahu smua dah belajr kan dari kecik dulu atupun makayah ustzah cikgucikgu/ penceramah dkt sekolah koraang dah cerita kan. Kalau aku cerita pun korang nak baca ke panjang lebar tu sebab aku tahu ramai dah tahu. nikan peristiwa bersejarah dalam Islam. So orang Islam kenalah tahuu, kalau tak tahu pergi bukak buku sirah darjah 5 atau senag2 search google okay ;D

#2 : Hijrah Alam
Maksudnya hijrah yang memang dari azali Allah dah tetapkan. And kita semua akan laluinya. 

a) Alam rahim
-Mak aku cerita, time kita dalam perut mak kita, kita dah janji dengan Allah untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini.  Kau sedar tak kau dah BERJANJI? So kenalah jalankan. Kalau mungkir janji jadi orang munafik and org munafik tmpatnya di neraka.



b) Alam Dunia
*WE ARE HERE. Di dunia ni lah yang kita kena pungut and kutip every chances depan mata. Kumpul pahala banyakbanyak. Cakap memang senang, Tapi buat pun taklah susah mana. And just yang menghalang kita untuk buat pahala are nafsu and syaitan. Ramai dah sedar but kenapa ramai remaja Islam zaman sekarang banyak yang hanyut? Tengok dari mulalah, niat. Niat memang penting. Apa-apa yang kita buat pun akan berbalik kpd niat. Makan pun berniat. Mandi pun berniat. Tulis blog pon kena ada niat. Niat kerana Allah. Niat nak berdakwah. Tak semestinya orangorang alim je kena berdakwah. Kalau korang suruh kawan korang jangan merokok/ jgn buang sampah ratarata pun kira dakwah jugak, kan  


c) Alam Barzakh (kubur)
Alam ni yang aku takut. Taktaulah korang takut ke tak. Sebab aku rasa amaalan aku belum cukup. And aku tahu every single thing yang kita buat Malaikat akan tanya. Kalau kita orang kaya nanti Malaikat tanya apa kita dah buat dgn harta2 kita tu. Paling senang, kalau kita tulis blog/facebook-ing/twitter-ing, malaikat tanya, untuk apa penulisan awak? Untuk apa masa awk dibazirkan depan laptop? Walaupun soalan dah bocor and korang dah tahu apa malaikat akan tanya (Ma rabbuka), sekrg bolehlah jawab. Sebab nanti dkt dlm kubur bukan kita yang jawab, semuanya berdasarkan amalan kta.

One day, kita AKAN pakai macam ni. *insaf
Tempat tinggal kita nanti


d) Alam Akhirat
Time nilah akan ditentukan kat mana kita duduk. Aku pernah terfikir sampai bila kita nak duduk dalam Syurga? Sampai BILABILA. Kalau masuk neraka, kita still akan masuk syurga sebab kita  orang Islam. Tulah keistimewaan orang Islam. Tapi takkanlah korang nk masuk neraka dulu kot? Terseksa Wooooohhh


#3 Hijrah: Perpindahan dari sikap buruk kepada yang lebih baik
First of All, Aku bukanlah baik mana tapi klau nak berubah, kena pasang niat betulbetul. Adakah kita berbuah kerana aweks/pakwes? Adakah kita berubah sbb jeles kawan kita ni baik so kita nak jadi mcm dia jugak? or, kita berubah semata-mata nak attract perhatian orang? Is it? Kalau mcm tulah korang fikir, say bye bye jelah. Takkan tahan lama punya. Trust me. Tapi, kalau korang berubah dengan niat kerana Allah, nak tunjukkan yang remaja Islam zaman sekarang ni tak SEMUA nya teruk, Insyaallah Allah akan tolong. Dalam Al-Quran Allah kata, Sekiranya kamu tolong agamaku, nescaya aku akan membantu mu. (lebih kurang macamtulah.)
Kanan/ kiri?




" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." ( Surah At-Talaq, 65: 2-3)
p/s: jangan lupa baca doa akhir & awal tahun ;D

Tuesday, November 22, 2011

Rindulah

Ini bukan rindu sebarang rindu. Ini rindu pada yang Satu. Rindu pada lelaki, *ehem, bapak akulah. Tadi aku bukak youtube biasalah #takdekerja. Murai kata, takde kerja cari kerja. Tapi aku tak cukup umur, macammana aku nak kerja? Pheww, sakit otak aku fikir macam ni. Eh, aku terjumpa videoclip ni. Siapa tak kenal Alif Satar? Baik kau tutup. Ni bukan Aziz Satar atau Satar ikan dekat kelantan (sedap wohh) Eh, Kelantan Banjir kan? Baru aku tahu. Nasib baik bapak aku Terbukak berita tadi. Pfft




Sebenarnya aku baru tahu kewujudan Alif Satar ni. *alamakterlepas Eh eh, tibatiba aku suka dia. nak jadikan dia hero aku lah. Handsome kann ? Lalalala,

****************************************

Memandangkan sekarang ialah SCHOOL HOLIDAY (Yayyy) Apa lagi. Qada' tidur lah. Sebulan cuti ni bukan bermakna tidur aku sepanjang tahun ni boleh diganti balik. Hmmpphh. Oleh yang demikian, aku pon bangunlah lambat #macamtakfahamfahamje Asal aku bangun je dah azan zohor. Taktak, anak dara mana boleh bangun lambat macam tu. Cehhhh ;') Baik pulak aku ni. 

Btw, korang dah tau aku bangun lambat .( Standard yang korang bangun lah) so aku pon selalulah terlepas show show menarik di TV memandang TV2, TV3 ada buat movies for children (ehem, terasa muda) macam pagi tadi ada Barbie as island princess, macamtulah. Menyesal terlepas. aku tengok part dia dah kahwin je =.= Lepastu sambung tengok Mulan II. Nasib baik baru Start. Pheww, 

Baideweh, kalau dekat sekolah, lepas solat subuh semuaaaaa (taklah semua) kalau aku bangun lambat aku naik dorm balik.Biasanya akhirakhir tahunlah. Awal awal tahun manada bangun lambat wohh, Tahun ni , first year aku bangun pukul 5 . Tahun lepas satu dorm bangun pukul 4. Eh, tahun depan aku bangun pukul 6? Sheshhh. Kebetulan je ni. Jangan percaya. 

Okay, lepas subuh aku and Kawans serbu DM, Almaklumlah, lapar punya pasal. Selalunya ada satu lagu ini yang orang tua menyanyi And pagi tu aku akan KECOH gila dengan Nia Erry. Macam takde orang je dalam DM tuh (segan aku) Alahh, korang pernah dengar tak dia nyanyi macam ni 

" PM kitaa untuk Semua, Untuk Semua Rakyat Malaysia" 

Korang kena DENGAR! Aku tak tah tajuk dia apa. Sedih gila wohh :( Aku rasa kawan aku yang kawan dengan aku tahu lah(ape ni=.=) Tak faham sudah :( Kejap aku carik. Alah tapi yang ni takde orang tua tu. Takpalah. Just enjoy the Songg okaayy ;D




                 
Dah dengar? Kalau tak dengar jangan baca Seterusnya ! Pergi dengar. Syuh syuh

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Best kan. Yes, I LOVE MALAYSIA. Sebenarnya aku rindu nak dengar lagu nilah dengan DM. Jangan mainmain. DM aku lawaaa. Siap ada TV gantung lagi. Kaya kan sekolah aku 

p/s: Aisyah (Ecah) yang baik aku idea nak buat benda alah ni. Thanks beb (;



Monday, November 21, 2011

Apa Salahnya ?

********************************************************************

Ada seorang makcik datang pejabat mak aku (Takaful Malaysia) dengan anak dia berumur 12 tahun. Tercari-cari mungkin ada orang nak melayan dirinya memandangkan orang tak sesak seperti selalunya. Lepas beberapa minit tercengang-cengang sendiri di tepi pintu, mak aku katalah. "ya ada apa makcik? Sila-sila duduk sini" Dalam hati mak aku dah bengang sebab biarkan orang tua macam morang bodoh je. Atleast sambut lah kedatangan dia. Memandangkan mak aku baru keluar toilet waktu tu. 

Mak aku pun bermanis-manis muka dengan dia .Lepas bermukadimah segala bagai, Makcik tu tanya, "erm, makcik haritu baca suratkhabar ada satu promosi katanya bila makcik dah habis kerja tak payah bayar insurans lagi.. Makcik nak yang macamtu. " 

Eh eh, mak aku pun terangkanlah SEMUANYA, dari A sampai Z. Barulah dia faham. Dia cerita, 

dulu dia dah daftar satu syarikat ni, mula-mula okay je." Tapi tengoktengok duit makcik dah hilang.  Macammana lah makcik nak bayar duit sekolah anak makcik ni haaaa. Makcik dah tanya ramai orang, dia kata pergi Bank Islam lah, sana sini. Nasib baiklah hati makcik nak tergerak pergi sini. Mak cik bukan apa, nak daftarkan anak makcik ni insurans. Kalau makcik dah takde, taklah dia susah susah nak cari duit kalau ada accident ke, sakit ke. Senang sikit kerjanya haa
*Mak aku dah start drama sebak dia-.- Ceritapunya cerita sampailah klien baru datang, Makcik tu minta diri nak balik. 

***********************************************************************


okay, semua dah baca? Bagus. Tak kisahlah kalau korang nak ekan buton warna merah dekat penjuru atas sebelah kanan (you-know-what)  tapi beta disini cuma nak ingatkan, hidup ni janganlah memilih sangat, Rezeki Allah datang macam-macam. Ujian Allah pon sama. Tak semestinya Allah uji dengan kesusahan. Kalau Allah uji dengan kesengan Lagi susahh woooh. Tak pasalpasal kau hanyut sampai tua. Lalalalala, ayokk.

Berdasarkan cerita mak aku, aku pon dapatlah sikit moral value nya. Nak ambik klien/ nak berkawan janganlah nak yang kaya-kaya je. Orangorang yang sememeh, barangbarang tak ada brand, rumah 10 kali ganda berbeza dgn rumah korang, aku dapat nampaklah yang krg tak pandang sebelah mata pon. Tak baik wehh. Mana tau dia tu Zuhuudd sangat ke. Sekali balik kampung, Hammbekk kau. Tanah berekar-ekar, ada ladang kambing, rumah banglo ada kristal, batuu permata. (eh, bestnya) 


Err err,



Baru nampak Comel siktt :D 
Okay sebenarnya aku tak tau muka dia macammana. Tapi takdelah tua sangat aku rasa. Sebab dia ada anak umur 12 tahun. Eh, PELIKNYA. Shhh, jangan cakap apa-apa. Lalalala. mari kita muhasabah diri ramai-ramai. Tak salah kan? 

p/s: Tiada kena-mengena antara hidup dan mati.




One Direction - Gotta Be You



Here are the Lyrics ;D Enjoyy


[Liam]
Girl I see it in your eyes you're disappointed
'Cause I'm the foolish one that you anointed with your heart
I tore it apart
And girl what a mess I made upon your innocence
And no woman in the world deserves this
But here I am, asking you for one more chance

[Harry]
Can we fall, one more time?
Stop the tape and rewind
Oh and if you walk away I know I'll fade
'Cause there is nobody else

It's gotta be you
Only you
It's got to be you
Oh, Only you

[Liam]
Now girl I hear it in your voice and how it trembles
When you speak to me I don't resemble, who I was
You've almost had enough
And your actions speak louder than words
And you're about to break from all you've heard
Don't be scared, I ain't going no where

[Zayn]
I'll be here, by your side
No more fears, no more crying
But if you walk away
I know I'll fade
'Cause there is nobody else

[All, Harry leading voice]
It's gotta be you
Only you
It's got to be you
Oh, Only you

[Zayn]
Oh girl, can we try one more, one more time?
One more, one more, can we try?
One more, one more time
I'll make it better


[All, Zayn leading voice]
One more, one more, can we try?
One more, one more,
Can we try one more time to make it all better?

[All, Harry leading voice]
'Cause it's gotta be you
Its gotta be you
Only you
Oh, Only you


It's gotta be you
Only you
It's got to be you
Oh, Only you

***********************************

Sunday, November 20, 2011

My favourite




Representingg, ONE DIRECTION- What makes you Beautiful (:
Don't focus on HARRY STYLES and ZAIN MALIK. They are Minee xD